Wednesday 19 August 2015

Tips Penting Untuk Beli Rumah - Part 1

PART 1.
Jun 2015.

Banyak proses nak kena lalui.. so surie cerita sikit-sikit lah berdasarkan apa yang surie dah lalui setakat ini dulu yer..huhu..takut terlupa jer stepnya tuh..

Ni surie nak bercerita pasal urusan jual beli rumah berdasarkan experience surie lah..
Experience sebagai pembeli rumah jenis subsale..subsale ni bermaksud beli rumah dari owner. Surie jumpa iklan di internet..surie ambil no telefon ejen rumah tu untuk pergi tengok rumah..masa pergi tengok rumah tu surie pergi berdua dengan ammar jek..en amin berkerja pada hari minggu tuh..

Rumah tu oklah..banyak jugak bajet nak kena sediakan untuk renovation cost.  Rumah zaman 90an nih. old school sangat sebab tandas 1 tu jer dah la jenis w.c cangkung tuh. bilik mandi pun 1 jugak. Tapi, surie pun setuju lah nak beli rumah tuh. sebab dah lama cari rumah teres ni baru jumpa. heh.

#JomBeliRumah


Step 1 : Minta business card ejen.
Ni masalah, surie terlupa nak mintak business card ejen tuh. untuk korang nanti, sila minta business card ejen ya. pastu buat research tentang ejen & syarikat ejen berkenaan. Goole apa sahaja berkenaan nama ejen & nama syarikatnya sekali. ini penting untuk mengelakkan anda ditipu!

Step 2 : Booking Fees 3% dari harga rumah & guna bank draf atas nama syarikat ejen rumah.
Bila dah setuju untuk membeli rumah tersebut, surie kena bayar booking fees. Disebabkan surie takda personal cek, surie bayar booking guna bank draf. Surie memang takkan bayar cash or transfer ke akaun personal ejen tuh..banyak bahayanya woo. Dan harus diingat bayar booking fees tu jangan lebih dari 3% & buat atas nama syarikat ejen bukannya atas nama personal ejen ok!
Cara buat bank draft- pergi kaunter bank & request untuk bank draf. pastikan akaun anda ada duit yang mencukupi.

Step 3 : Dapatkan Letter Offer & resit rasmi.
Bila anda bayar bank draft tadi, pastikan anda anda dapat resit rasmi syarikat ejen tersebut beserta Letter of Offer to Purchase (LOF). Pastikan ejen anda menyatakan dalam resit & LOF duit booking @ deposit ini akan dipulangkan jika ada apa-apa pembatalan pembelian dibuat ok! Takut nanti jika loan tak lulus, anda tak dapat semula 3% booking fees ni ok. kalau 'burn', memang tersangatlah sakit hati. banyak tu. riban-riban punyak amaun. bertahun nak kumpul modal tu. Menangis tak berlagu nanti.

Step 4 : Dapatkan Housing Loan.
Buat submission ke mana-mana bank yang anda rasa mereka menawarkan better rate in the market. Submit jer dekat semua bank senang. Dapat banyak offer lagi bagus untuk anda buat pilihan.
Sediakan dokumen -
1 - Salinan IC,
2 - 3bulan Slip Gaji,
3 - Surat Pengesahan dari syarikat anda bekerja,
4 - Penyata KWSP
5 - Statement akaun bank anda (bank yang gaji anda dimasukkan)

Surie ada banyak masalah pasal housing loan nih..
Sekarang nih- stuck dekat proses nih..nanti Surie update lagi ya..

stay tuned..peace!
(^-^)




No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign