Friday 21 August 2015

Bone Broth


Apa tuh? aikk tak pernah dengar pun.. heheee..surie pun baru tahu sejak ada beby Ammar nih.. Alhamdulillah, sejak ada Ammar, surie mulai kenal makanan berkhasiat, makanan yang boleh boost immune system, makanan sunnah, & banyak lagi kebaikan mengamalkan 'the real foods'.

Lagi penting dapat quote baru :

"Makan bukan sekadar kenyang tapi makan makanan yang berkhasiat yang dapat meningkatkan sistem imun sekaligus dapat memberi hasil terbaik kepada kesihatan diri"

Ada friendlist dalam facebook surie promote kebaikan Bone Broth..biasanya sangat bagus disajikan ketika ada ahli keluarga mulai tunjuk gejala-gejala macam nak terkena flu ker atau nak demam ker.. katanya Bone Broth nih adalah menu yang sihat, yang sangat mudah & yang paling penting membantu meningkatkan sistem imun gitu..

--Bone Broth is one of the Health Booster--
Antara khasiat-khasiat kenapa Bone Broth antara makanan yang healthy booster ini kerana ianya :
  • Diperkaya dengan khasiat bahan mineral yang mudah untuk diserap ke dalam sel tubuh. Antara mineral yang ada dalam Bone Broth ni seperti kalsium, Magnesium, Phosphorus & trace minerals.
  • Lemak yang terkandung dalam Bone Broth ini boleh mengatasi masalah leaky gut.
  • Sumber gelatin & collagen terbaik. - Khasait gelatin & collagen ini untuk memperkuatkan sendi, memperkuat kuku & rambut, membantu masalah leaky gut & memperkuatkan connective tissues tubuh.
  • Merawat adrenal fatigue
  • Sumber asid amino yang banyak. (Glycine and Proline). Glycine sangat penting untuk anda mendapat kulit, tulang, ligament, & tendon yang kuat & sihat. Proline pula berfungsi untuk menyahtoksin hati.

Ni resepi yang surie buat untuk buat 'Bone Broth' :

Ramuan utama :
1. Bawang putih
2. Bawang besar - 1 biji hiris.
    *surie suka guna bawang Holland.
3. Halia - agak agak dalam seinci.-hiris halus.
4. Kunyit hidup - agak agak dalam seinci.-hiris halus.
5. Lengkuas - agak agak dalam seinci.-hiris halus.
6. Serai
7. Rempah 3 sekawan - kayu manis + Bunga lawang + bunga cengkih
8. Habbatusswada- sesudu kecil
    *jenis berbiji tu- terkadang surie guna jer minyak habbastusswada..hehee.
9. Air putih bertapis - 3 cawan penuh.
10. Cuka kurma/Cuka epal - 1 sudu kecik.
    *optional- cuka nih bertujuan untuk menarik khasiat dari tulang tu turun ke broth soup
       dengan lebih efisien.
11. Bahagian ayam atau daging yang bertulang
    * surie memang guna ayam Az-Zain jer- ayam organik.
    * Boleh boleh pilih nak guna ayam atau lembu atau kambing
12. Sedikit Garam (tak nak guna garam pun boleh)
    * surie guna Garam Masakan Qaseh- original dari gunung himalaya. (takda toksik)
    * Nak beli Garam Masakan Qaseh? boleh dapatkan dari surie..huhu..

Cara Penyediaan :
1. Tumbuk kasar Bawang putih + halia +  kunyit.
2. Titik lengkuas & serai.
3. Pastu campurkan kesemua bahan  dalam 1 periuk & direnehkan dengan api perlahan sehingga             3jam gitu.

***Ramuan sayur tambahan :
Ubi kentang, Lobak , Celery, Brokoli.
-Tambahan bahan ni rebuskan sekali masa broth soup tadi dah nak siap untuk makan terus.



This is called Real Food.
Yihaaa. Alhamdulillah. Bila-bila nak makan pun boleh disajikan.
Lebih-lebih lagi bila tengah tak sihat, lagi bagus menketedarah jer Broth Soup nih..huhuu..biar cepat sihat.. surie suka sihat tanpa ubat..peace!
Tapi kenyataanku ini bukanlah surie menidakkan perubatan moden ok. Jangan salah faham.hokeh? cumanya kita cuba untuk upkan sistem imun kita dulu dengan real food.

Hehee..Maaflah surie takda gambar sendiri. Tak sempat nak ambil gambar sup sebab terus makan jer..hahaa..Masa mereneh tu, En Amin kata sedapnya bau sup. Sebenarnya rasanya macam makan sup ayam.Tapi Bone Broth Soup ni lebih sihat sebab tak guna minyak tumis-tumis- tak guna MSG.
Ammar pun berselera makan..siap sedut-sedut sup tuh..Alhamdulillah.


Pesanan tuan rumah :
1. Kreatifkan diri dengan Bone Broth Soup (ramuan utama) tu ambil stok tu boleh bekukan dalam freezer. Nanti setiap kali memasak apa-apa masakan boleh masukkan stok tu..kira macam kiub pati ayam tuh..tapi stok ni kiub homemade punya..hihi.
2. Bone Broth ni boleh dimakan dengan nasi putih ke mihun ker..nak hirup2 jer pun boleh..huhuu..


Selamat menjamu selera sambil menyihatkan diri!
simple, delicious & healthy food. 

No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign