Wednesday 17 June 2015

TIPS UNTUK IBU-IBU BERPUASA DAN MENYUSUKAN ANAK


Assalamualaikum semua.

Ahlan wasahlan Ramadhan kareem.

Bila datang bulan puasa jer..mesti surie dapat baca banyak soalan dari ibu-ibu menyusu..
'apa tips nak maintain hasil susu ya?'
'larat ke nak berpuasa sedangkan tak berpuasa pun asyik mentekedarah jer sebab lapa?'

Ini kisah ramadhan surie selepas bergelar isteri.
Ramadhan 2013 - 2 tahun yang lepas - tengah mengandungkan beby ammar. agak sarat gak.
Ramadhan 2014 - 1 tahun yang lepas - tengah menyusukan ammar.
Ramadhan 2015 -  tahun ni juga masih menyusukan ammar..

So, pengalaman tu surie ada lah sikit untuk dikongsikan..
Ni surie nak sharing tips untuk ibu-ibu menyusukan anak sambil berpuasa atau sambil mengandung.
Surie dapat tips nih dari #bfmembers group dekat FB. Memang inilah jugak yang surie amalkan sebelum ni.
Dan, bila surie nampak tips yang dah dibuat cantik2 nih, terus nak share dengan korang semua..sebab memang berkesan tau..surie cakap berdasarkan pengalaman ok..huhuu.

Cubalah. 
Usaha diikuti dengan doa ok.
Allah kan ada. Jangan cepat negatif & jangan cepat putus asa.
Kena ingat - Mind set yang positif juga memberikan peranan yang besar. 
Jerit banyak kali dalam diri - aku boleh berjaya susukan anak sampai 2 tahun!- InshaAllah. boleh berjaya.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
***Rujukan dari FB.
***Credit to @bondalutfi

Seorang ibu berpuasa yang menyusukan bayi boleh bonda katakan hebat dan gagah. Bukan mudah, tetapi insyaAllah tidak mustahil.


Walaupun dalam Islam ada memberi kelonggaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak iaitu rukhsah untuk berbuka (mengikut syarat tertentu) tetapi adalah lebih baik, ibu yang menyusukan bayi berusaha untuk berpuasa penuh sebulan Ramadhan.

Memandangkan kita semakin hampir dengan bulan Ramadhan, bonda ingin berkongsi tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi sepanjang pengalaman dan pembacaan bonda gigih berpuasa dan menyusukan AhmadLutfi. Selain itu, tips ini juga boleh diguna oleh ibu hamil dan semua yang berpuasa juga, insyaAllah.

Mudahan bermanfaat perkongsian dari bonda yang kerdil ini.

* Gambar dan info tips adalah bersumberkan bahan bacaan dan google juga. ðŸ˜‰

Ibu ibu perlu kuat dan semangat.
Diharap para suami juga membantu isteri dalam berpuasa dan menyusukan.

Moga Allah permudahkan puasa tahun ini. Amin. 



Pertama :
Pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik kita menyusukan bayi kita.
Ibu ibu boleh cuba doa ini atau apa sahaja doa yang sesuai.
Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.


Kedua :
Jangan skip sahur. Bonda pernah termiss makan sahur. MasyaAllah, gigihnya puasa selepas itu hanya Allah yang tahu. Jadi PERLU bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat. Dapat tenaga dapat juga pahala.


Ketiga :
Banyakkan minum air kosong. 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Seeloknya sediakan satu bekas minuman khas yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum. Bonda akan sukat guna botol air mineral besar.Pastikan dapat minum 2 setengah botol sehari. Ibu ibu boleh minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak ke esokkan pagi nya.


Keempat :
Makan banyak kurma. Bonda akan bersahur 3biji kurma sekurangnya. Berbuka pun 3biji kurma. Kurma terbukti bnyak khasiat dan tenaga. Sunnah juga.


😊
😉
Kelima :
Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. 
Buahan dan sayuran mampu beri khasiat dan tenaga pada badan. Cuba elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana, ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.


Keenam :
Yang ini penting.Bonda kalau sahur dan berbuka perlu makan nasi. Nasi jadi sumber karbohidrat dan kaya dengan serat. Maksud disini, kalau boleh pastikan ambil nasi dalam portion pinggan sihat setiap hari. Jangan tak makan nasi pula. Ambillah walau sedikit.


Ketujuh :
Kerapkan menyusu bayi. Walaupun bunyi macam akan penat, tapi produksi susu akan jadi baik. Jika anda ibu bekerjaya pula, perlu pam susu sekerap yang boleh ataupun ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.
Seeloknya bangun awal sebelum bersahur untuk pam susu. Kemudian, makan kurma dan bersahur serta minum banyak air sebelum waktu imsak.


Kelapan :
Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster anda. Milk booster adalah berbeza mengikut individu.Milk booster bonda tamar koko. Mesti minum panas waktu sahur dan buka. Alhamdulillah, berkesan. Ada tenaga. Ohya, minum air suam juga memberi tenaga sepnjg berpuasa.


Kesembilan :
Jika perlu, ambil supplimen untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa. Bonda akan ambil Qaseh Adinda sebagai tambahan. 





Kesepuluh :
Sentiasa berfikiran positif serta ceria. Berpuasa dan menyusukan memang sukar. Tapi kita yang mengawalnya dengn bantuan Allah dan suami. Banyakkan berzikir Ya Wahab , Ya Matin dan elakkan tekanan.Tekanan boleh ganggu produksi susu dan enzimnya.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Berpuasa ya.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna & membahagiakan.
Semoga kita menjadi hamba lebih dekat kepada Allah s.w.t.
semoga kita semua beroleh keberkatan-Nya.
Aameen!


No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign