Monday 24 August 2015

Kunci Utama Untuk Berjaya Dalam Penyusuan Susu Ibu

Breastfeeding.
Ianya bukanlah satu perjalanan yang sangat mudah.
Ramai yang fikir ianya semudah -'selak baju & susukan anak'.
Kenyataan tu bukan salah tapi tak tepat jer..hihi.

Ermmmm.
Dalam penyusuan ini pun banyak cabarannya.
Ianya tak semudah yang disangka. Tiada perkara dalam hidup ini yang mudah.
Mungkin kita memandang pada ibu-ibu breastfeed ini nampak macam senang..nampak macam mudah..tapi, betulkah apa yang kita nampak? cuba pergi interview si ibu tu..tunggu apa jawapan nya..hahaa..Kalau surie yang kena interview- perghh berdarah telinga korang dengar pengalaman surie tu..Kikikii.
Sebab itu, jangan salah sangka..breastfeeding ini bukan perkara yang mudah- tapi jangan fikirkan ianya sesuatu perkara yang susah juga. Hohoo. Sila jangan pening. Hah.

Biasanya apa-apa perkara yang kita nak buat, mestilah datang dari kehendak diri kita juga.
Bila kita nak sesuatu perkara, mesti kita sungguh-sungguh berusaha sampai berjaya.

'How to take an idea and make it real'
Untuk menjayakan misi penyusuan. Perkara yang anda perlu buat adalah :
1. Ketahui kebaikan penyusuan.
    -Kenapa anda mahu berjaya dalam penyusuan?
    -Bila ada sebab yang kukuh, automatik anda jadi kuat.
2. Ketahui ilmu penyusuan. 
    - Carilah mentor dalam penyusuan. 

Bila kita ada 2 faktor di atas, ianya akan memudahkan kita bila kita disergah macam-macam bentuk dugaan dalam perjalanan penyusuan tu.

Bila kita dah berazam & niat kerana Allah, perkara yang kita rasa susah pada mulanya akan menjadi senang. Bila dah berjaya, kita akan terasa betapa indahnya kejayaan..
InshaAllah. Pohon doa pada Allah banyak-banyak untuk memudahkan misi penyusuan kita berjaya. Setiapa langkah kita perlu ada Allah. ok? Senyum. Kenyit mata sikit. Heee.

Bila kita dah berazam, bila ada masalah- kita pasti cari jalan penyelesaian nya bukan?
Hah. nampak tak tu?
'You struggle now and you not know the reason why unless you fight to learn it.

Zaman sekarang dah maju. Dah moden.
Senang jer nak cari buku panduan. Banyak dah buku tentang ilmu penyusuan.
Pakar laktasi pun dah ramai sekarang. Banyak dah bengkel penyusuan dianjurkan sekarang nih.
Maklumat sekarang di hujung jari jer. Hoh. Gunalah teknologi tu sebaiknya. Gitu.
Tunggu anda jer nak cari ke nak lari?
Tepuk dada tanya iman..hehee.

Jadi, berazamlah bersungguh-sungguh untuk berjaya.
InshaAllah, minda kita takkan berhenti untuk menjayakan nya. 



Chayok.
Tanamkan keazaman.
Usahakan hingga berjaya.

Happy Breastfeeding to all sweetest mummies.



No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign