Monday 15 June 2015

Kidzoona Jusco Equine Park

Edisi 4.
Syoknya berjalan - Seri Kembangan, Selangor.
17 Mei 2015.


Lepas dah habis bergambar dekat The Atmosphere, kami terjah masuk Jusco Equine Park pulak. Cari tempat untuk Ammar main-main. Sebab biasanya dalam Jusco mesti ada tempat playground untuk bebudak. Lagipun, hari masih muda..habiskan aktiviti family kat dalam nih jer lah..gitu..

Jeng--jeng--jeng..

Kami masuk Kidzoona nih. 
Bayaran sekaki masuk RM15 rasanya kot. unlimited time..surie tak ingat bayaran tu sebab En Amin yang membayarnya..hehee.

Surie tergelak-tergelak tengok Ammar main dalam nih..seronok. main jalan laju-laju pastu terjatuh..bangun jatuh lagi..takpelah nak..kehidupan kita pun begitu, ada pasang surutnya..yang penting kena kuat semangat hokeh!


Permainan nih untuk belajar mengenal deria rasa di kaki..
Lepas ni. ibu nak bawak ammar pijakkan kaki dekat pasir pantai, dekat rumput-rumput..hehe..
ammar tak pernah rasa lagi..padahal umur dah setahun lebih dah..aiyoo.



Ammar rekrut ammar supaya jadi askar..hahaa..rupanya ammar tak reti merangkak dalam terowong nih. Dia usaha nak bangun berdiri..memang tak dapat lah. Fail! ehehe.

Berpinar mata ammar tengok banyak sangat bola..macam-macam warna pulak tuh. gila bola sekejap..macam-macam aksi ada.
berenang-renang. berlari-lari. baling membaling..sukanya dia. wah!


sebab takda partner, ammar naik nih cuma 2seconds jer. letih woo teman ammar main. tapi, demimu nak..sakit pinggang pun abah layankan..kehkeh. nanti malam, abah makan QasehGold Premier banyak-banyak yer..cewah!

Vroom. Bapaku pulang dari kota. Bapaku belikan kapcai.
kapcai kecil warna merah. Boleh ku bawa ke sekolah.
Vroooommm!

Lepas dah merempit..Ammar nak drift pulak..
aktif sungguh dia..hepi sangat tengok ammar main..


Sekarang kita main aktivit bina minda pulak lah..lepas dah letih dengan aktiviti fizikal tadi..
huhuu..nilah penangan Ammar makan Qaseh Gold Junior.. aktif yang bijak..gitu..


Penat berdiri..naahh..sambung bersila ler pulak..oh anak syurga ibu nih..
(^___^)


Ammar tengah praktis nak jadi doktor. ni dalam kiosk lab ler al-konon..pilih jer nak kiosk apa..banyak kiosk yang disediakan..tapi ammar pilih kiosk lab nih jer..pandainyaa dia..


Hokeh. Dah penat main..sebab ammar belum tidur siang lagi.. 
tetiba tengah main-main, menangis kuat-kuat pulak..ammar dah bagi hint tu.
Ibu tahu---ammar nak tidur + nak nenen ler tuh..hahaa!

So, lepas dekat 2-3jam dalam tuh- kami pun keluar. Tunaikan solat asar pastu terus gerak balik rumah dengan berat hati sebab still air takda kat rumah. sebab dah call jiran, katanya air masih takda. tensen.

Ok. Tamat sudah edisi syoknya berjalan di Seri Kembangan nih.
tata titi tutu.


Pendapat tuan rumah :
- Best Kidzoona nih. Selamat. Luas sangat. Bersih. Banyak mainan. Masuk murah.Berbaloi-baloi.
- Kami memang selalu bawak ammar pergi playground macam ni..tapi, setakat nih- 
  Kidzoona Jusco Equine is the best!


No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign