Friday 16 January 2015

Hape Toys

Yeay..dah seminggu order menunggu barang..akhirnya barang yang ditunggu dah sampai..Tapi baru hari ni berkesempatan nak meng-update..peace..hakhak..bila barang sampai, surie yang excited terlebih sudah..dengan bersemangat waja, surie mengangkut dari opis ke kereta..dari kereta naik tangga 4 tingkat ke rumah..hahaha..nasib makan #Qasehgold..baru gagah macam badang..suami offer nak tolong angkat pun surie kata takpe..boleh angkat sendiri..aceceh..

Tadaaa..inilah barang yang di order dari Go Shop..ini gara-gara insiden si kecik ler nih..macam
tau-tau yang Go Shop tengah tayang iklan mainan kaw-kaw..ibu tengah tengok tv, dia main remote terus alih2 channel tv..haip-haip..dah ibu teracun..sekali tanya abah angguk setuju beli. Lagipun, kami tak membeli sangat mainan untuk ammar makanya dekat rumah pun takde mainan sangat pun..cian ammar..



nampak tak mulut si kecik excited membebel-bebel bahasa alien dia tuh..h0h00! suka la tu..;)



Ammar ni memang jenis excited kalau tengok benda-benda baru..tapi biasanya excited 5minit pertama jer..seterusnya, ibu yang main..huh! takpe-takpe..nanti sampai masa ammar dah pandai main mesti dia seronok punya..heh!


masa iklan tu harga promosi untuk 6 set mainan..borong semualah..lagipun, mainan ni bukan boleh nak beli ala-cart pun..memang promosi 1 set 1 harga gitu..


set yang surie dapat adalah :

1. Numbers Puzzles - yang ni ammar boleh belajar kenal nombor sampai kena susun balik nombor tu ikut susunan..boleh dikatakan kenal nombor sambil2 belajar kenal bentuk jugak la..

2. Stacking Jack- yang ni ammar boleh susun nak jack tu jadi rupa camna dia nak..hehee..last-last dia main, kepala jack tu kena gigit dengan ammar..kalo jack tu boleh jerit mesti dia kata ' hadoi'
horor pulak nak bayangkan.hahaha.

3. ABC blocks- yang ni dia boleh main bina binaan lah..boleh bina ikut daya imaginasi dia..bila surie bina sekejap lagi ammar datang runtuhkan..hohoo..sekali tepis jer..muka gengter gitu..hahaa..

4. Build A Bug Sorter- yang ni dia susun balik ikut sort of color..macam puzzle jgk nih..tapi puzzle berlapis..boleh ajar anak susun warna la..pastu kena pandai susun untuk membentukkan bugs apakah itu..

5. Pound and Tap Bench- yang ni dapat tukul..bola kayu 3 bijik & sepapan keyboard xylophone warna warni. haha..dapat dekat ammar..sekuat hati dia ketuk keyboard tu dengan hammer..pastu larik-larik bawak hammer..kelakar sangat..

6. String Along Shapes - yang jenis plak, si anak tu kena masukkan blocks tu dalam tali..boleh bina jadi rantai ker..apaapa jer yang dia suka..

Pastu dapat percuma * watch me grow chart. cantik..surie rasa nak tampal time tu jugak..tapi en Amin kata nanti dulu..tunggu rumah baru..ermm, bila zaman la tuh..insyaAllah. ada rezeki nanti kan. Positif think please! ;)

Surie suka Hape Toys nih sebab :
- materilanya dari wood & bamboo.
- warna-warna sangat menarik.
- mainan yang boleh meransang minda untuk anak2 berfikir & selesaikan masalah.
- paling penting, surie bole main dengan dia sama-sama..kira macam temankan dia main..baru erat kasih sayang bertambah erat lagi..hehee..

Dan, surie memang bukan jenis bagi anak henset untuk dia main..sebab dengar & baca banyak negatif kalau budak asyik jer dengan henset..nanti la kita borak-borak tentang hal tu yaa..

Ermmm, surie juga jenis kalau di rumah, henset letak tepi dulu..layan la anak suami..surie rasa kesian kat anak -dahla tinggalkan dia dengan pengasuh untuk pergi kerja, balik rumah sibuk pulak dengan henset..nanti terasa jarak kasih sayang..aduh..anak tu membesar sekali tu jer..dia perlukan kita..perlukan perhatian dan kasih sayang..tambah pulak pergi kerja pagi balik pulak dah malam..jangan dibiarkan anak rasa terasing..kasihan-


Bina minda, bina kasih sayang.

Jom main Hape Toys.




Tuesday 6 January 2015

Boleh Ke Ambil Nebulizer Untuk Anak??

Masa umur Ammar dalam 3bulan++ selalu sangat terkena batuk & selsema..berminggu-minggu lamanya..kekadang kesian tengok dia tak selesa dek mungkin tersumbat hidung ker..gatal kahak kat tekak ker..merengek jek la ragamnya..tidur pun susah..dengan surie pun tak boleh tidur dok berjaga sepanjang malam..huuu~


Baru jer sihat, dah terkena flu lagi..mungkin faktor persekitaran tinggal dengan pengasuh yang jaga ramai budak kot..atau mungkin dengan kualiti udara yg tidak berapa sihat sekarang dan pelbagai kemungkinnan lagi..ermmm bila anak asyik tidak sihat jer, hati ibu mana yang tak risau..asyik lah berkunjung ke klinik..apa lagi..kena neb ler budak kecik tu..meraung2 menangisnya..kesian sungguh..



Disebabkan asyik kena neb jer..pastu ubat lagi..nasib la surie ni jenis tak suka makan ubat..bergantung pada ubat makanya surie pun tak suka ler anak surie pun bergantung jek pada ubat..lagipun, Ammar ni beby lagi..SANGAT TIDAK BAGUS jika diberikan ubat pada budak2 bawah 2 tahun..sebab, buah pinggang tu masih muda..masih fragile nak proses ubat-ubat tu segala..dah umur 6bulan baru boleh diberikan makan..so, ni belum pun 6bulan takkan nak disumbat ubat-ubat tu kan..

Jenis surie, kalau sakit demam surie tak suka makan ubat..surie lagi suka pilih kaedah mencegah..amalkan pemakanan sihat..yang boleh build-up the body immune system naturally..tapi surie tak tahu nak amalkan apa.. bila google-mengoogle--baru surie tahu, makanan sunnah la yg paling bagus to build-up the immune system naturally..


Sebab surie ni ibu yang menyusukan si anak comel ini makanya surie lah yang perlu makan makanan2 sunnah yang hebat tuh..nanti terhasillah susu ibu yang lebih berkhasiat kan..insyaAllah.. tambahkan lagi dengan menu banyakkan minum air masak secukupnya, makan sayuran hijau, kurangkan atau hindari processed food & macam2 lagi la..

Sekarang, setelah berbulan-bulan istiqomah ni dah nampak hasilnya--alhamdulillah..surie, ammar & abahnya dah jarang sakit..baru nak sakit cepat recover balik..ammar pun dah tak perlu neb lagi..memang hebatlah makanan sunnah nih..Subhanallah..


Cuba tanya diri --- kenapa Nabi SAW tak pernah sakit?? Sebabnya Nabi makan makanan yang berkhasiatla..Nabi SAW pun dah ajar kita makan makanan wahyu yang tertulis dalam AlQuran ; Madu, Kurma, Delima, Minyak Zaitun, Habbatusswada, Manna (Gam Arab), Air Zam-zam dan macam-macam lagi.. cumanya kita yang tak pandang pun jenis makanan gitu.. asyik jer dengan keropok, jajan, kerepek, jeruk, processed food tu & ntah apa2 lagi lah..makan kurma pun masa bulan Ramadhan baru nak terhegeh-hegeh nak cari kan..macam mana nak sihat?

Padahal Nabi SAW ajar makan makanan sunnah tu istiqomah setiap hari.. barulah menjadi kaedah cegah sebelum merawat..bukan dah terkena baru nak amalkan..hehee..jika dah sakit baru nak amalkan, kenalah sabar bagi masa sedikit untuk sembuh. Peace!


hohooo~ berbalik kepada soalan tadi :


===
Soalannya ;

" Boleh ke bagi nebulizer (neb) kat anak? "

===
.
.
Nebulizer bukan untuk semput sahaja, tetapi mampu 
mencairkan kahak. Selepas nebulizer, anak akan batuk 
lebih kuat, dan akhirnya muntah. 
Muntah itu akibat untuk mengeluarkan kahak yang telah cair. 
Dan anak akan beransur sihat. 
Tetapi, jika dah sihat dan TIDAK MENGAWAL anak 
anda daripada selsema, batuk akan kembali lagi. 
Jadi,  anda akan berulangkali melakukan proses yang sama setiap 
kali sakit tu datang iaitu ambil nebulizer.
*Harus diingat bahawa nebulizer juga ada campuran dos ubat. 
.
.
Jadi,
Langkah pencegahan yang terbaik adalah dengan mengamalkan pemakan sunnah 
seperti madu, kurma,untuk mengawal, mencegah dan merawat selsema dan batuk 
malah pelbagai penyakit secara menyeluruh. 
Ok...apa yang bagus untuk diamalkan di sini adalah 
pengambilan makanan sunnah ini secara konsisten & istiqomah. Kerana 
ianya mambantu anda untuk memulakan langkah mencegah dari awal.


#SayaPengamalTegar&KonsultanQasehGold!
#QasehGoldDiHatiku!


Berminat dengan #QasehGold??
>> pm adindasurie@gmail.com
>> hubungi @ whatsapp 016-3092067


Sunday 4 January 2015

Insiden Go Shop Channel ; Ada TV Boleh Beli.

Si Ibu tengah syok ralit tengok drama dekat tv..
Si abah tengah sibuk membasuh baju..hahaa..mesin manual..abahnya memang rajin..hohoo..alhamdulillah..
Si anak pulak begitu asyik bermain..

Tetiba..drama kat tv bertukar rancangan..dari channel 119 tetiba bertukar channel 118..
jeng.jeng.jeng.

Surie pun menjeritla panggil abahnya.." yang, tengok tv nih..nilah yg ayg cari tuh"
terus kami laki bini terpaku dengan tv..terus google harga..betul ker barang tu harga pasarannya begitu..betul ke promosi..timing kat tv tu terus berjalan..promosi pun ada timing woo..strategi marketing ni kot..pastu asyik dok ulang tayang testimoni pengguna-pengguna..

Atlast, terkena racun jugak..terus dail 1800-82-0088 gitu~..dari tengok tetiba terus order barang..Dah siap order..tunggu 5 hari penghantaran katanya..
Ouchh~tak pasal melayang duit..hahaaa..

Pandai sungguh budak kecik ni main remote tv, tukar channel drama TV9 jadi tv Go Shop..ala-ala smart TV tuh..kan dah terkena racun shopping..ni semua gara-gara si kecik Ammar..

Tunggu jek la barang tu sampai..nanti kasi update..barang ke benda ler tu eh..
tu semua gara-gara Ammar..
tu semua untuk Ammar..

rezeki ammar la nak..murah rezeki yer nak yer..
ibu abah yang pening nak membayar..huahua..

Sekian. 
drama kasih sayang hujung minggu.

Friday 2 January 2015

Azam dan Semangat Baru di Tahun 2015!



Bila datang tahun baru..
Biasanya akan ada ikrar pembaharuan azam & semangat yang baru..
hahaaa..surie ler tuh..renew azam memanjang..

Em~ emm~ emm~
APA AZAM BARU TAHUN INI???
.
Nak tunaikan target tahun lepas yg tak tercapai..
.
Nak jadi orang yang semakin positif, bahagia & membahagiakan, berjaya tunaikan segala niat-niat hati yang tertunggak sekian lama..
.
Fuhh! banyak tu niat yang telah bersarang di hati..
Berpusing kepala memikir ligat nak tunaikan hajat-hajat tu semua..
insyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan surie ni..
.
Hajat yang tercapai : DONE!
þ Memiliki kereta sendiri walaupun kereta kecik.
þ Kahwin dengan insan tercinta walaupun kena tempuh pelbagai halangan.
þ Lahirkan seorang anak yang sangat comel walaupun secara czer.
.
Hajat yang masih terkandas : PENDING!
ý Beli rumah sendiri.
ý Pergi umrah @ haji bersama-sama keluarga tersayang.
ý Ada bisnes sendiri.** Wow. Sound awesome~
ý Lahirkan beberapa orang anak yang comel lagi.huahua~
.
Andai tertunai hajat-hajat yang masih pending ini, tiada yang dapat surie ucapkan melainkan 
syukur kepada Allah. Alhamdulillah.
.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
atas semua kurniaan Allah setakat surie hidup sehingga ke hari ini.
.
Mana yang pahit tu > Pengajaran.
Mana yang manis tu > Motivasi.
.
Selamat Tahun Baru Everybody!!!
.
Setakat ini celoteh tahun baru.
.
Senyum.
(^___^)




Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign