Wednesday 17 June 2015

Cara Handle Susu Perahan (EBM) Ketika Travel


Heloo.
Ini cerita yg dah sebulan lebih dah..Nak karang berjela-jela dlaam blog ni yg tak sempat-sempat. Tapi hati ni nak bercerita jugak. Semoga dapat menjadi panduan untuk sesiapa yg nak travel dengan membawa susu ibu (ebm) nih semasa menaiki flight. surie hanya nak diarikan pengalaman ni jer.. peace!
 Semoga ammar membaca kisah ini nanti, ammar tahu bahawa ibunya sentiasa berusaha untuk memberikan ammar yg terbaik walaupun kita terpisah jauh..


1-4 May 2015.
Travelling to Phuket with Air Asia.


Sebulan sebelum travel, surie dah pulun buat stok EBM untuk ammar. Surie tinggalkan stok untuk 5hari. kira-kira Surie tinggalkan 40botol x 5oz = 200oz untuk ammar. Ini jerlah stok surie sempat buat. stok susu surie takda lah meriah macam orang lain. tapi, adalah stok untuk kecemasan kan..lagipun takda space nak simpan EBM tu. so surie hanya buat stok yang boleh muat dalam freezer jer lah..

Hari tu yang surie debarkan itu, berlaku juga. Yelah mana pernah surie jauh tinggal anak..tapi ni event anjuran syarikat yg wajib tau. Tak boleh bawak family. maka terpaksalah surie tinggalkan Ammar dengan abahnya selama 4hari 3malam woo. Pagi-pagi buta 1 Mei tu surie dah kena ada dekat KLIA 2.Nasib abahnya supporting nak jaga. Dengan surie dah siap-siap pun dah mitak ma dan ayah datang tolong jagakan Ammar nih sementara surie jauh..Lagi sedih, masa suria nak pergi tu ammar demam! lagi berat hati nak pergi.. macam tahu-tahu jer ammar ni nak berjauhan dengan ibu sekejap. ermmm itulah kita panggil instinct! heh.

Sedih pagi tu wooo..pukul 4 pagi tu, surie dah kena gerak ke KLIA. kami anak beranaksama-sama menangis. Tak pernah aku jauh dari dia selama ini. Yelah. Tiap-tiap malam mengempeng nak tidur. Tiba-tiba kena mengempeng dengan botol susu. Meraung la ammar kan..kebetulan pulak time tu, ammar tengah demam teruk. tapi, aku yakin, semuanya akan baik-baik saja.. tiap hari berdoa agar Allah mudahkan urusan kami ini.

Masa dekat Phuket tu, jumlah stok yang sempat surie kumpul sebanyak 5oz x 24botol bersamaan 120oz..malangnya 5oz x3botol hilang..uwaaa..time ni rasa nak teriak woo..thats is my golden drops..bila tanya receptionist tu- jawapannya memang dah takda..hilang..mungkin sebab receptionist tu miss place dalam fridge kitchen dorang..surie nak marah pun tak boleh tapi kecewa sangat..
benda dah jadi pun, surie kena redha jer la..so surie dapat bawak balik hanya 21botol sahaja..sedih di hati Allah sahaja yang tahu..

Masa pergi berat muatan surie hanya 16kg..cooler box + luggage..masa balik jadi 26.7kg luggage + coooler box..Oh tuhan..berat sangat tu..ni pasal shopping terlebih jugak nih. pastu cooler box pun penuh dah berisi titisan emas kan. ini semua sebab ammar. ngeh!

Niat surie yang utama - nak penuhkan milk bottle storage yang kosong nih dengan penuh susu ibu. haha. Mind has to be set with a positive thinking then it will give the positive result. gitu.oh yeh!

#Tips surie ketika travel overseas alone without baby :




1. Kena ada 'Cooler Box' 
Ini paling penting. Kalo nak jimat lagi, boleh guna kotak polystyrene tuh. Cooler Box ni surie dapat free masa installation air-cond York last year.
Alhamdulillah, berguna selepas setahun dalam stor..heheee. Masa surie dok sibuk berangkut cooler box ditambah seret beg luggage lagi, tambah dengan galas beg pam, tetiba officemate surie sound kuat2 - katanya kenapalah surie susah-susah berangkut semua tuh dengan nada menyindir tuh. surie balaslah- eh, surie tak susahkan engko pun kan..tak mitak engko tolong surie angkut semua nih pun, apesal engko rasa semak tengok surie berangkut nih? hei helo, surie buat semua ni sebab aku memang nak fully bf anak surie lah. anytime-anywhere. apa yang engko tak puas hati? terus dia diam.hahaa.


2. Declare items as Fragile item. 
Masa register dekat Drop Luggage tu untuk barang-barang yang akan masuk dalam kargo.
korang mesti declare cooler box ni sebagai fragile. In-Sha-Allah, crew akan handle barang korang ni dengan extra carefull la sikit..hehee..bila dah declare, crew akan tampal sticker fragile macam dalam gambar kat atas tuh..walaupun cooler box tu hanya berisi botol-botol kosong.. ingat tu tau.



  3.Mintak tolong receptionist simpankan EBM ini dalam fridge pantry/kitchen.  
Oleh kerana mini fridge yang ada kat dalam bilik hotel sangat tak berapa sejuk. Surie pun dengan muka tebal pergi dekat dekat reception counter. Mitak tolong dengan receptionist tu tolong simpan EBM aku untuk dibekukan dalam freezer dorang. Memula receptionist tu macam malas nak layan surie. tapi surie peduli apa..haha..surie kan dikira guest kat situ..takkan dorang nak layan buruk-buruk kan..tapi surie tetap maniskan muka la..explain baik-baik untuk dorang jagakan stok titisan emas surie nih kan..last-last, receptionist tu terima untuk tolong surie.Alhamdulillah.

4. Minta slip resit/bukti & labelkan setiap botol dengan nama & bilik anda.
Ini juga penting. Setiap kali surie check-in stok EBM, surie akan mitak resit nih sebagai bukti berguna untuk masa surie nak check-out nanti. penting nih. so, dari sini, bukti berapa botol yang telah disimpan dalam pantry dorang. Biasanya surie check-in stok ebm surie ni setiap pagi sebelum pergi breakfast dekat cafe & setiap malam sebelum makan malam. Gitu. Bila malam surie mitak bekukan ice-pack surie sekali. bila pagi besoknya, masa surie check-in stok EBM, surie collect ice-pack tu lah. Sebab nak pergi beraktiviti luar kan. Gitulah rutin surie selama di Phuket.


5. Kerapkan pam. Pam setiap 2-3jam sekali.
Tips nih memang kena apply kalau nak jaga hasil perahan. Gigih tak? Dalam flight pun surie pam. Dalam bas pun surie pam. Dalam bot pun surie pam. Anytime-Anywhere.
Demimu anak. ingat ibu berholiday tak ingat ammar ker. Hoi. Allah jer tahu betapa rindu surie pada ammar. siap bawak baju ammar yang tak basuh lagi. nak cium bau ammar jer..sobsob.
walaupun surie sibuk beraktiviti, sampai masa terus surie curik masa jugak untuk pam. Aurat kena jaga. maka bawakla nursing cover yer. surie guna pam Avent manual. senang. surie ade jugak bawak Spectra M1. tapi leceh sangat. surie tinggal kat hotel jer. ni aktiviti berair. so yang manual jugak senang & selamat. gitu.
(^____*)


6. Alatan membasuh - Baby bottle washing.
Alatan ni surie dah sumbat siap-siap dalam luggage..hehee. 
Lagipun, milk bottle storage tu baru beli, belum sempat basuh. nak basuh sebelum flight, anak merengek demam pulak. tu yang tak berbasuh. yelah, surie bawak untuk membasuh alatan mengepam. kalut kang kalau surie tak bawak. takkan 4hari mengepam tapi tak basuh alatan mengepam tu kan.kat tempat orang, mana surie nak cari barang-barang baby ni kan. senget. haha.


7. Dapatkan ice dari hotel @kedai berdekatan.
Ni time nak check-out dah. tengah collect stok EBM surie. Ice tu surie mintak dari room service tuh. dia datang anta 3jag kecik. surie rasa macam tak cukuup. surie mintak pulak dari receptionist. dorang tambah lagi 3jag..so jimat. surie tak keluarkan duit pun untuk beli ice. hehee.. Alhamdulillah. Tapi part surie paling sedih, 3botol x 5oz hilang. receptionist miss place. cari-cari tak jumpa dalam freezer dorang. masa ni surie frust gila. penat surie memerah. 15oz tu banyak tau. every oz EBM is valueable tau. mungkin ada hikmah kot. takda rezeki ammar di situ. ni surie dah compile resit..kalo takda resit..lagi haru kan? so masa check-in stok EBM tu kena mintak resit as proof. Ada resit pun boleh hilang, kalau takda resit?? fikir-fikirla sendiri.



Alhamdulillah. semuanya mudah & selamat.
Alhamdulillah. Stok hasil perahan selama 4hari selamat sampai ke rumah..
Ammar sibuk nak tengok apa yang surie bawak balik buah tangan untuk dia. rupanya stok EBM ni jer..haha. mahal tau titisan emas ni nak oii.. lagi mahal dari intan permata..hehe.

Surie dah susun cantik2 masa sebelum naik flight tapi bila sampai rumah, buka-buka cooler box dah mcm kena ribut..hehe..tp alhamdulillah. Still beku 95%..perjalanan makan masa dari check-out hotel pukul 1230pm..sampai rumah dalam pukul 930mlm..alhamdulillah..cair jugak sikit 2% selama 9jam stok susu dalam cooler box tu..mungkin sebab surie tak balut dengan surat khabar & letakkan sedikit garam kot.
*tips lebih tahan beku-balut dengan surat khabat + sedikit garam ok.

Untuk pengetahuan : ada 4botol sejuk tanpa beku sebab aku baru perah masa breakfast pagi & sebelum check-out, surie letak sekali dalam cooler box tu..terpaksa..memang tak sempat nak pergi bekukan pun..huuu.
Pelik sangat ais batu still berketul2 dengan ice-pack still beku lagi tp susu cair jugak sikit..taktau sebab apa..pelik bin ajaib. kuasa Allah kan. 
Masa nak redah imigresen tu memang cooler box tu dah submit dekat drop luggage dah..so cooler box surie letak di bahagian kargo..tak bawak naik atas (bukan hand-carry). Pihak imigresen Thailand pun tak banyak songeh pun..diorang yang tampal fragile tape untuk seal cooler box tu tanpa surie minta..mungkin sebab dah ade sticker fragile yang dari malaysia tu kot. alhamdulillah dipermudahkan..

Ada 2 botol bersamaan 4oz..surie perah dalam bas otw dari hotel ke airport..terlupa nak letak dalam cooler box, memang dalam cooler bag yang surie galas masuk sebagai hand-carry item..tapi lepas jer masa lalu imigresen tuh. alhamdulillah. Hahaa. nasib tak kena buang. sebab pernah baca pengalaman others mummies, susu badan yg cair tu kena buang dalam tong sampah wei. ermmm.

* Extra tips dari tuan rumah :
Masa nak pergi jangan bawak banyak barang..sebab masa balik nanti barang jd bertambah berat..stok susu + ais batu + barang shopping. Sebenarnya limit untuk seorang penumpang hanya 20kg..tp muatan surie terlebih 6.7kg..alhamdulillah tak kena cas..officemate surie cakap kalau kena charge sangat la mahal..mungkin Allah permudahkan urusan surie ni. alhamdulillah. ambil pengajaran di situ.


-happy ending-
Happy breastfeeding to all mummies anywhere anytime!
Jadikan ianya mudah, in-Sha-Allah dipermudahkan.


No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign