Wednesday 27 May 2015

Lagu Arjuna Beta buat Ammar Muttaqin

Surie suka sangat dengan Fynn Jamal.
Bagi surie dialah idola untuk surie jadi kuat disebalik lagu-lagunya.
Benar. Lagu-lagu Fynn Jamal memang lahir dari hati. Penuh makna.

So, hari ni surie nak bercerita berkenaan lagu yang buat surie boleh menangis.
surie akan menangis setiap kali dengar lagu 'Arjuna Beta'.
Tersentuh sampai ke dalam ruang hati yang paling dalam.
Hati ibu kot. anak tu kan nyawa seorang ibu. Cepat sentap kalau berkenaan anak nih.
(*___*)

Oleh itu, surie nak tujukan lagu ini buatkan anak syurga surie.
eh eh suka-suka jer lagu Fynn Jamal tulis untuk anaknya Arjuna Bakti- surie cuma copy-paste bagi kat Ammar Muttaqin pulak..huhuu..Fynn Jamal dah tulis kat blog dia boleh ambil tapi jangan curi ok.
huhuu. lagipun surie takda bakat buat lagu, so gunalah lagu puisi yg sangat indah ni kan..chewah.

Ammar, nanti ammar rindukan ibu bila ibu tiada nanti - boleh dengarkan lagu nih..tapi al-fatihah & doa tu jangan pulak lupa nak kirimkan sekali buat ibu yer sayang ibu..hehee..


-------

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur

datang petir menyambar

jengking dan ular–

bonda takkan berundur


nyamanlah arjuna beta

mimpikan yang indah saja

nanti bila kau buka mata

semua tak serupa


kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi

jalan betul, anakanda,

tak jelas mata–

ambil yang sarat duri


hiduplah arjuna beta

biarkan jasad yang luka

selama tuhanmu ada

takkan engkau tercela


ngeri tak terbayang mata

bonda takkan ada sentiasa

nanti moga kau tak lupa

bonda memujukmu, anakanda


hiduplah arjuna beta

biarkan jasad yang luka

selama tuhanmu ada

takkan engkau tercela


nyamanlah arjuna beta

mimpikan yang indah saja

nanti bila kau buka mata

semua tak serupa

------


Ammar faham tak lirik lagu nih?
harap-harap ammar faham..kalau tak faham..ammar cuba tanya Fynn Jamal lah..hehee..
lagu ni macam puisi sikit. kiasan yang sangat dalam maknanya..

'baik ibu. nanti ammar siasat apakah makna nya. ammar akan ingat lagu ini yer ibu.'
(*____^)
ngehhh!

"Untukmu hai anak,
Semoga kau takkan lupa,
Setiap nafasmu moga kau zikirkan pada Tuhan,
Agar seluruh yg pernah bersamamu dalam ingatan dan doanya,
Mendapat kembali nikmat yg berlimpahan,
Kau adalah jariah berterusan untuk mereka, maka kau jangan lupa,
Selamat menjadi hamba yg lebih sempurna lebih dari ayahbondamu,
Jadi anak yg ikhlas baktinya,
Jadi suami yg teguh pada wanitanya,
Jadi lelaki yg terpuji dan termulia,

Muhammad Ammar Muttaqin.
Hiduplah sepenuh hidup,
Agar kehidupan akhiratmu lebih membahagiakan.


Semoga ammar membesar jadi anak yang soleh.
Ammar harta ibu abah dunia akhirat.
Ammar juga nyawa ibu abah juga.

Jalanilah kehidupan yang mencabar ini dengan berpandukan perintah Allah. InsyaAllah, kehidupan mu akan menjadi tenang nak..kerana Allah yang jadikan kita..maka Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat kita. Tiada sesuatu perintahnya sia-sia..semuanya mengandungi hikmah yang sangat besar.

Bila bersedih - ingatlah Allah.
Bila bahagia - ingatlah Allah.
InsyaAllah, Allah akan sayang padamu.
Bila Allah sayang - tiada apa yang lebih membahagiakan daripada mendapat kasih sayang Allah.

Ibu sayang ucukk ibu..mmmuah!


No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign