Monday 2 November 2015

Celak Serbuk Itsmid Adalah Sebaik-Baik Celak

Yeay.. Surie memang tak reti pakai celak. Kalau pakai mesti jadi comot & tak berapa nak cantik..hehe. surie memang fail kalau guna celak pensil apatah lagi celak yang jenis cecair tuh..
banyaknya dah jenis celak yang dibeli semuanya jadi koleksi jek lah..

Tapi syukur alhamdulillah,
Beberapa minggu lepas surie ternampak iklan siap dengan demontrasi cara guna celak serbuk ni dekat facebook. Terus ler surie meng-order..pergh. masa celak tu sampai girangnya rasa hati. surie dapat guna balik celak sebab surie tahu ianya salah satu sunnah Rasulullah saw . Celak ni pun besar manfaatnya pada kesihatan mata. Memang benar sunnah Rasulullah saw  tu bukan perkara sia-sia- bila diamalkan ada manfaatnya beserta ganjaran pahala tau.


 Inilah celak itsmid. celak mata yang surie tengah guna sekarang. Memula beli kena beli set bekas besi & serbuk itsmid. Lepas ni, bila serbuk dah habis, cuma beli serbuk jer lah. Bekas besi tu bole recycle guna. gitu. Memang senang & enjoy jer guna. Keep sunnah close to your heart. Best!
surie beli dengan kakak Munirah Syed Abu Bakar

Nampak tak habuk-habuk hitam yg halus tuh..itulah serbuk itsmid-ianya sangat halus dan agak berkilat. huhuu. masa memula buka botol serbuk tu surie tertumpahkan..tu yg jadi efek gitu..hihihi. 



Ingat tau bercelak ni pun antara sunnah-sunnah Rasulullah saw. Sebaiknya guna celak serbuk itsmid ni. Itsmid nih adalah batu celak yang bewarna hitam. Biasanya dijadikan serbuk. Serbuk itsmid nih bersifat berkilauan, halus & tidak kotor. Serbuk itsmid inilah yang banyak manfaatnya terutamanya untuk mata kita tau. Antaranya menjernihkan penglihatan & menumbuhkan bulu mata.

Bukanla bermaksud surie kata yg celak jenis pensil ke cecair tu takda manfaat tapi jenis celak yg digunakan oleh Rasulullah saw adalah celak jenis itsmid ni. IshaAllah, tetap dapat pahala jika niat bercelak kerana amalan sunnah Rasulullah cumanya khasiatnya bercelak itu lebih kepada celak jenis itsmid. Gitu. Takmo gaduh-gaduh okay. =)

Daripada Jabir bin `Abdullah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
عليكم بالإثمِدِ عند النومِ ، فإنَّهُ يجلو البصَرَ ، وينبِتُ الشَّعرَ
“Hendaklah kalian bercelak dengan celak Al-Ithmid ketika hendak tidur, kerana sesungguhnya ia akan menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”  (Diriwayatkan oleh at-Turmudzi dan Ibnu Majah)

Cara guna adalah 3 kali oleskan celak ni pada mata kanan dahulu & kemudian 3 kali pula oleskan pada mata sebelah kiri.Gitu. Mudah jer. Ammar menangis dok pegang-pegang kaki pun surie still boleh pakai celak ni..hahahaha.
*Motif ammar menangis sebab nak bercelak jugak. ammar jeles dengan ibu..hahadoi.

Daripada Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu berkata:
كان رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يكتحِلُ قبل أن ينامَ بالإثمِدِ ثلاثًا في كل عينٍ
“Adalah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda bercelak sebelum tidur dengan celak Al-Ithmid tiga kali pada setiap mata.”  (Diriwayatkan oleh at-Turmudzi dan Ibnu Majah)


Rupanya cara guna celak ini lagi senang. Practice make perfect. Begitulah orang kata kan. Memula surie guna, memang rasa mata macam tak selesa sebab itsmid tu masuk mata setempek..hihi. Bila lama-lama surie rasa senang jer.

Memang best la guna celak ni. Serius surie sukaaaa sangat!
huhuuuu.

p/s : Sambil-sambil bercelak tu jangan lupa berselawat dan niat ikut sunnah Rasulullahsaw. Semoga kita diberikan ganjaran pahala dan hikmahnya kepada diri kita. Aameen!



Rujukan :

No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign