Tuesday 15 December 2015

Masalah Cacing & Cara Merawat Dengan Secara Alami

Sejak dua menjak ni, newfeeds facebook surie banyak cerita pasal masalah cacing..
Famous cacing sekarang sebab jadi bahan viral. huhuu.
Bagus jugak ni info pasal ke'cacing'an nih.
Boleh tambah pengetahuan. Boleh kongsi pengalaman.

Ini surie ringkaskan info cacing melalui sumber-sumber pembacaan surie.
Cacing ni merupakan parasit dalam tubuh kita. huhuu. Cacing parasit. errk!


Info Tentang Cacing :
  • Jangkitan cacing boleh berlaku daripada pencemaran tanah yang tercemar dengan telur cacing.
  • Cacing boleh hidup dalam setiap tubuh manusia tak kira kanak-kanak, dewasa, wanita, lelaki mahupun perempuan terutamanya yang mereka yg mempunyai sistem imun tubh yg rendah dan tidak menjaga kebersihan.
  • Cacing ini bukan sahaja hidup di dalam usus tapi boleh berpindah ke mata, hati, paru-paru, gallbladder & salur darah juga.
  • Jangkitan cacing ini juga boleh berlaku melalui sentuhan kulit dengan dari haiwan peliharaan. *Bilamana anda memelihara kucing atau anjing atau lain-lain haiwan peliharaan- kebersihan   haiwan tersebuh perlu dititikberatkan.

Cara-cara untuk elakkan jangkitan cacing :

  • Amalkan kebersihan diri dan rumah. 
  • *Penting - sentiasa cuci tangan sebelum & selepas makan.
  • *Paling Penting - sentiasa cuci tangan selepas keluar tandas.
  • Cuci tangan selepas menyetuh haiwan peliharaan.
  • Pakai kasut atau selipar bila keluar rumah sebab cacing boleh masuk terus menerusi kulit. Jangan berkaki ayam yer.
  • Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yg dimakan mentah. *Tips - cuci dengan cuka epal atau cuka kurma.
  • Meminum air yg bersih.Jauhi meminum air yg tercemar.
  • Makan makanan yg bersih & masak sepenuhnya.
  • Makan ubat cacing setiap 6bulan atau amalkan pemakanan alami yg boleh membunuh cacing. *Ibu hamil & bayi bawah 1tahun dilarang makan ubat cacing!


Kesan sampingan infeksi cacing :

  • Perut atau usus tersumbat dengan cacing. Tidak membuang air besar-Muntah-Perut kembung. Jadi, kena operate untuk buang cacing-cacing tu.
  • Gangguan pernafasan. Larva cacing boleh pergi ke paru-paru & menyebabkan anda batuk serta lelah.
  • Cacing yg terlalu banyak pada usus besar & rektum ini boleh akibatkan usus terkeluar dari lubang dubur.
  • Gangguan darah sebab cacing parasit ini menyerap nutrien tubuh kita. Ada jenis cacing yg hisap darah macam drakula & menyebabkan kita jadi kekurangan darah/anemia. anemia nih boleh membantutkan tumbesaran kanak-kanak serta kegagalan jantung.
  • Jangkitan pelbagai penyakit kulit dan alahan.
  • Masalah emosi kerana cacing ini menggangu sistem saraf utama.
  • Gangguan tidur sebab cacing parasit ini aktif pada waktu malam menghasilkan toksin dan tubuh pula cuba menghilangkan toksin jadi ianya jadi gangguan tidur.


Fuhh! Bahaya betul cacing ini. Dah la menggelikan kan pastu mengerikan pulak.
Eeerrrrkk!



Waktu cacing parasit ini paling aktif :
  • Biasanya aktif ketika bulan penuh khususnya cacing pita memang aktif masa bulan penuh. Tetapi ada cacing yg aktif sepanjang masa.
  • Cacing juga aktif ketika bulan baru seperti cacing gelang. Jika anda merasa ketagih dengan makanan atau minuman manis tu -awas jaga-jaga ya. 

Petua menggunakan kaedah alami untuk bunuh cacing parasit ini :

-- Kena lebihkan pemakanan yg boleh bunuh parasit ini 5hari sebelum bulan penuh & bulan baru.
   (rujuk gambar untuk tambahan senarai)
  • Makan buat tomato mentah.
  • Makan atau minum bawang putih samada mentah-mentah atau dibakar dan dicampurkan dengan minyak kepala dara (VCO) atau minyak zaitun (Olive oil).
  • Minum air kelapa yg asli.
  • Makan lobak merah mentah atau juice carrot setiapa pagi.
  • Nenas muda diparut dan diperah ditambah madu atau gula batu & terus diminum.
-- Kena elakkan pemakanan yg boleh memberi tenaga kepada parasit ini 5hari sebelum bulan penuh & bulan baru.
  • produk tenusu.
  • gula bertapis seperti sukrosa, fruktosa & sirap jagung.
  • tepung.
  • makanan manis.
  • makanan segera.
  • makanan berproses yg mengandungi pewarna & bahan pengawet.
  • jika boleh ikan, daging merah & makanan laut.



Buah fikiran Surie , hehehe :
- Patutla Nabi saw menyarankan kita rajin-rajin berpuasa sekurang-kurangnya 3 hari setiap bulan. Ada hikmahnya. Allahu. Perkara yg Nabi saw ajarkan kita untuk lakukan tak pernah sia-sia.
Allahumma solli ala Muhammad.


Rujukan :
1. Simptom, Punca & Cara Merawat Cacing
2. Bahaya Cacing Kepada Tubuh Manusia
3. natural-way-to-get-rid-of-parasites
4. Cara Mengesan & Merawat Parasit Serta Kaitannya Dengan Kalendar Islam

No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign