Wednesday 25 November 2015

Kenang kenangan di Pantai Bukit Keluang, Besut


"kau pernah pergi pantai? kau berjalan atas pasir, bila kau pandang belakang, kau nampak bekas tapak kaki kau. kau tahu apa itu? itulah adalah kenangan. "

Heloo.
Harini mood surie nak bercerita tentang kenangan.
Kenangan ni masa kami ke Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Balik Besut sempena Raya Haji Qurban 1436H. Alang-alang kampung dah dekat dengan pantai, saja nak bawak ammar tengok laut, pijak pasir, dengar seruan ombak - biar berkembang deria rasa dlaam pelbagai segi.. huhuu. Supaya tahu menghargai ciptaan Allah ini & ianya juga punca ketenangan kan. SubhanaAllah.

Tapi, surie bukan nak cerita pasal pantai tu pun. saja nak abadikan gambar ni dalam blog nih.
untuk kenangan di kemudian hari. Gambar kenangan kami di gigi pantai..kerana harga sebuah kenangan itu tersangatlah mahal. terlalu mahal harganya disebabkan masa itu tak boleh diputarkan kembali. Mesin masa Doraemon itu hanyalah fantasi okeh. hahaa.

Melihatkan ammar dah besar, surie rasa macam baru semalam melahirkan si hero ni..huhu.. besar dah beby ibu nih. tak lama lagi boleh dapat adik la pulak..tak lama lagi kan ammar dah cukup 2 tahun menyusu. huihuii..sebab surie nih tak tau badan bagaimana tahan ke mengandung + menyusukan anak..jadi, surie taknak ambil risiko..ada baiknya surie fokus untuk betul-betul susukan ammar cukup 2tahun sebagaimana yg dituntut dalam AlQuran.. Dah habis tempoh tu, baru bagi ammar adik..huhu..semoga hajat diperkenankan Allah. allahumaaameen!


Jeles jer surie tengok gambar nih. walaupun dalam gambar tu gambar suami & anak sendiri berpegangan tangan. hahaha. sebab surie selalu jadi tukang ambil kenangan jer- en amin  ni jenis malas nak rakam gambar kenangan. tapi nak beli nset yg camera berpixel-pixel. cett. haha.


masa ni ammar umur 21 bulan. tinggi ammar separuh dari abahnya.
bayangkan kalau ammar dah berusia 21tahun nanti..hehee.
walau banyak mana usia ammar tetap beby kami. huhu. ingat tau.


hehe. ada seketul gambar ammar dengan ibu. tupun sebab ibu suruh abah rakamkan. 
kalau tidak, takda lah gambar ni. kang ibu merajuk lari-lari ke gua sebelah pantai ni kang..adeh..baru jadi kes batu belah batu bertangkup kang..hoho.






Ibu kembang hati bila tengok ammar senyum manis-manis macam nih. kalah perasaan masa memula jatuh cinta dengan abah ammar dulu. hahaa.

semoga ammar sentiasa gembira, dan sihat selalu. membesar jadi anak yang soleh ya sayang ibu abah ya.


                         
Tadi excited kemain. tetiba ammar menangis takutkan ombak. yg mungkin pada fikirannya macam nak kejar & telan ammr kot. haha. ammar menangis ajak balik!

Tulah. Orang tua berpesan dalam hidup ini tak boleh seronok sangat. sebab bila terlalu seronok nanti jadi terlalu sedih. jadi kena pandai kawal emosi ok..maksudnya kena sentiasa bersyukur..gitu.
#TakKenaMengenaDenganGambar. ngehngeh!


-----

Kami pun balik memandangkan hari dah nak senja.  Jom pulang.
Lalu kami tinggalkan bekas-bekas tapak kaki kami di gigi pantai sebagai kenang-kenangan.
sehingga berjumpa lagi. Semoga keindahan pantai tak tercemar dek kebodohan manusia yg tak tahu menilaikan indahnya ciptaan Allah. Semoga keindahan pantai ini dapat lagi dinikmati oleh generasi akan datang.



PESANAN PENTING SURIE :
Tolongla jaga kebersihan di setiap tempat kita berada. Kebersihan pun adalah antara cabang-cabang iman. Islam pun mengajarkan umatnya untuk sentiasa menjaga kebersihan. Janganla buang sampah merata-rata. Jangan jadi monyet, dapat pisang, kulitnya dicampak merata-rata. Orang buang sampah merata-rata ni bagi surie mentalitinya, intelektualitinya & akhlaknya rendah sangat.

Serius! surie sedih tengok keadaan pantai. Ada golongan manusia yg seronok beraktiviti, tetapi jenis tak reti buang sampah di tempat yg betul. Biarkan jer sampah sarap tu di pasir-pasir pantai. Buruk pemandangan pantai jadinya. sedih.sedih.sedih. apa salahnya kumpul sampah tu dan buangkan di tong sampah yg disediakan kan. Allah pun sayang kalau kita jaga kebersihan alam ciptaanNya ini.

Itu jek surie nak celotehkan. hehee.
Jumpa lagi di next entry.
Jaga diri. Jaga iman. Jaga kebersihan tak kira di mana berada ok.




No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign