Thursday 14 January 2016

Snowdrop ; Cloth Pad Moden Terbaik Untuk Semua Wanita

Assalamualaikum semua.

Entry kali ini, surie nak bercerita satu isu yang paling berkait rapat. 
Isu wanita dan haid.

Topik feminin sikit. Tak kisah pun kalau golongan lelaki yg membaca entry ini. Sebab si lelaki yg baca boleh sebarkan info ini kepada wanita-wanita yg mereka sayangi. Apatahlagi, hadiahkan mereka dengan 'Cloth Pad' atau 'Pad Kain Yg Moden' ini. 
Manfaatnya sangat besar pada kesihatan malah kepada penjimatan wang juga. Gitu.

Apakah 'Cloth Pad' atau 'Pad Kain Moden' nih?
Ia adalah alternatif kepada penggunaan pad pakai buang. Uniknya Cloth Pad ini adalah boleh diguna pakai semula selama bertahun-tahun.. Sangat mesra alam. Sangat menjimatkan. Mudah dicuci. Bersih dan selamat kepada kesihatan penggunanya. 
Secara asasnya, ianya diperbuat daripada fabrik/kain yg dapat menyerap aliran darah haid atau darah nifas. Gitu. Ala-ala kembali kepada ke zaman nenek moyang kita dulu-dulu tuh. Tapi versi orang tua dulu-dulu, guna perca kain yg dilipat2 tebal tu. Surie pernah cuba guna kain batik lipat2 masa zaman sekolah jer la..hehee.

Kenapa Perlu Bertukar Daripada Penggunaan Pad Pakai Buang?
Pad pakai buang diperbuat daripada pulpa kayu atau bahan-bahan kitar semula. Bila ianya menggunakan bahan kitar semula, ianya melalui proses pelunturan dengan agen klorin dan bahayanya ia menghasilkan dioksin. Dioksin ini toksik yg bahaya kepada sistem imun, gangguan hormon,& organ pembiakan kita.

Jom bertukar ke arah kehidupan lebih sihat!
Surie pun baru bertukar kepada Cloth Pad ni. Dari lama dulu surie tahu memang pad pakai buang memang membahayakan kesihatan. Pernah jugak guna alternatif lain dengan guna pad herba tapi mahal. Lagipun, surie tetap tak sesuai guna. Jadi gatal-gatal. huisk. ishk ishk.

Jeng jeng jeng.
Sehinggalah surie jumpa Cloth Pad nih. Memang teruja lah sebab memang surie suka sangat produk semulajadi dan menyihatkan macam ni. Sebab nak jaga kesihatan, surie berusaha kumpul duit kutu sorang-sorang terus grab Snowdrop nih. Betul.

Alhamdulillah. Gembira. Dapat ubah satu lagi cabang dalam menjalani gaya hidup sihat. Memang sekali nak beli rasa mahal tapi bila ditimbang-timbang, cloth pad ni lagi jimat -sebab beli sekali, gunanya berkali-kali. Memang jimatlah.  Lagipun, manfaat kepada kesihatan tu, kang bila jatuh sakit, duit nak berubat lagi mahal wooo.

   
     

Snowdrop ini menawarkan pelbagai saiz untuk Cloth Pad. Dari pantiliner sampai ke maternity pad.
Untuk pengguna aliran darah banyak ke aliran sedikit semua ada. hehee. 
Senang nak cuci. Alirkan air dan tenyeh2 sikit macam basuh pad pakai buang tuh. Kita sebagai wanita Islam memang wajib cuci darah haid pada pad sebelum buang. Jadi, bab basuh2 pad ni perkara biasa la kan. huhu. Bezanya bila guna Cloth Pad nih, basuh Cloth Pad tu pastu perah sekering mampu pastu masukkan dalam beg basahan. Nanti balik rumah baru cuci betul2 dan jemur.
Jadi, takda alasan la nak cakap kalau bekerja & travel susah nak guna cloth pad ni yer. hehee.
*Ingat- basuh guna sabun biasa, Tak boleh guna peluntur & pelembut fabrik ok.



Ini pakej yg surie grab hujung tahun. Surie pilih Pakej Year End Sale Denim Trial & Medium Dew.
Huhu. Dapat 2 beg basahan. Stok beg basahan dah habis warna tu yg dapat 2-2 beg warna pink je. haha. Rezeki pink gitu. 


Fabik lapisan tu sangat lembut. Gebu jek kainnya. Selesalah. 
Nak guna pad ni macam guna pad pakai buang jenis bersayap tuh. Cloth pad ni direka dengan butang comel tu. Memang pad tak bergerak pun walaupun anda berlari. hehehee. Jangan risau ok.


Nampak tak beza saiz cloth pad tu. 
Dalam pakej trial (kiri) dapat pantiliner, light mist, medium dew & medium dew.
Pakej medium (kanan) dapat 4 keping cloth pad.


Cantik kan corak-corak tuh. baru bersemangat nak guna yek. huhuu.
Ini kain bahagian luar. Cantik kan..sep sikit. huuu.

-------
Korang pun nak cuba bertukar dari pad pakai buang ke pad kain moden ni? Nak tahu harga? 
Nak dapatkan pakej istimewa? 
Nah..korang boleh terjah :

SNOWDROP


Nasihat Surie :
Bertukarlah kepada pad kain moden ini yg akan memberikan kesan kesihatan yg lebih menyihatkan kepada tubuh kita InsyaAllah. Ini kerana kita dah tak perlu nak hadap toksik-toksik merbahaya dari pad pakai buang. Penyakit gatal-gatal, sengugut, & keputihan akan berkurangan dan bertambah baik.

Terkadang kita memandang enteng terhadap sesuatu perkara kecil, 
padahal ianya memberikan kesan kepada perkara yg besar juga.

Jagalah kesihatan semampu mungkin. Selebihnya doa dan tawakallah kepada Allah.

MMuUUaAHh!


No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign