Wednesday 22 April 2015

Produk terbaik & selamat untuk atasi masalah ketiak!

Disebabkan surie ni mempunyai masalah kulit yang agak sensitif ditambah pulak dengan masalah ketiak yang cepat basah kalau beraktiviti aktif lah..takkan duduk diam-diam tu tetiba ketiak basah pulak..hahaa..tu kena pergi check dengan doktor tuh..hehee....Yelahh, bila dah basah akibat berpeluh mestilah dapat efek pakej berbau tu sekali kan..huhuu..
Tambahan pulak, surie ni ibu yang menyusukan anak..lagi perlu berhati-hati dalam memilih deodoran sebab dikhuatiri bahan-bahan deodoran tu terserap dalam tisu kelenjar susu ibu..gitu..prihatin sangat hokeh..

Surie rasa surie perlu meneruskan misi mencari produk yang terbaik, jadi surie ni kena mencari produk yang se-organik mungkin. Dalam dunia zaman kini, kebanyakan produk mesti tak lari dari bahan-bahan kimia/ chemical yang berbahaya jika digunakan dalam jangka masa panjang.. TAPI, dah tentulah kita guna produk tu setiap hari sepanjang masa kot..lagi-lagi 'ubat ketiak' nih kan..


Bagaimana Nak Cari Produk Untuk Selesaikan Masalah Ketiak Nih? 

Makanya, kita perlu mencari produk untuk ketiak iaitu Deodoran.
Bukan guna produk Anti-Perspirant.
Kenapa? Apa bezanya? Mengapa?

Apa Beza Antara Anti-Perspirant dengan Deodoran? 

Ini kerana anti-perspirant memblok saluran peluh  yang kebiasaanya dengan sejenis bahan Aluminium yang memasuki sel menyebabkan mereka membengkak dan menghalang saluran peluh. Deodoran  pula membolehkan memberi ruang untuk ketiak kita mengeluarkan peluh, tetapi menggunakan beberapa kaedah untuk mencegah bau menyebabkan bakteria..

Jelas tak?

 

Mengapa Aluminium berbahaya?

Dari hasil pembacaan setakat ni, Aluminium deodoran boleh menyebabkan masalah kesihatan. Antaranya Kanser Payudara (Breast Cancer) - takut sangat dengan kanser nih..lagi-lagi wanita kan. kelenjar ketiak tu berhampiran dengan breast kan. ditambah pulak ianya memblok saluran peluh kat bahagian ketiak..memang banyak ler penyakit nanti. Sebab sel-sel badan tak dapat bekerja dengan baik.
The worst part is baru lepas shaving, pastu apply anti-perspirant..hohoo..lepas mencukur mesti ada luka-luka kecil ataupun kulit semakin menipis..lagi ler cepat bahan2 tu terserap dalam kulit.



Kerana menyayangi tubuh badan termasuklah ketiak , heheee..surie memang sukakan organik produk..even tak dapat 100% organik..99% pun bagus dah kan..kerana kesihatan itu begitu bermakna!

Makanya, surie tak kisah beralih ke produk yang sedikit mahal tapi lebih selamat.
Sebab setiap hari kot nak tenyeh 'ubat ketiak' ni kot..so, kena cari solution yang lebih selamat kerana penggunaannya dalam jangka masa panjang gitu..



Nah. Surie pilih untuk guna Deodoran nih..walaupun agak mahal tapi tahan lama..dah dekat 2 bulan surie guna..tak habis lagi..sebab surie guna waktu pagi jer lepas mandi..malam  nak tido tu surie tak tenyeh dah sebab nak ketiak bebas dari sebarang tenyehan gitu..biar bau original..haha.



MooGoo Deodoran.
Harga lebih kurang RM3+.++ gitu..

Surie memang dah la usha produk nih..tetiba adik bongsu hadiahkan deodoran MooGoo nih..surie pun mula guna produk ni sebab adik surie dah hadiahkan..dia  ni kerja dekat farmasi. Selepas guna tu, surie terus jatuh hati..ketiak tak basah, ketiak tak berbau, ketiak tak melekit, ketiak tak gatal lagi..antara paling penting bahannnya memang organik! tak rasa ada masalah ketiak lagi.. Alhamdulillah!

Memang best!
Terima kasih dik. semoga murah rezeki kamu.

Rujukan :



No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign