Friday, 18 November 2016

Cara Buat Sourdough Starter Yang Senang


Hai semua,

Dah boleh senyum sebab kita masih punya pilihan untuk makan makanan berasaskan tepung.
Selain guna Gluten Free Flour (GFF), kita ada lagi satu lagi pilihan iaitu Sourdough (SD).
Yeay. Hoorey. Lompat tinggi-tinggi.

Tapi awas ya, apa-apa pun yg kita makan tetap kena besederhana tau.
berhenti makan sebelum kenyang.
Ini kata kunci Nabi Muhammad tetap kena junjung sehingga mati.
titik.

Surie ada join facebook group - Sourdough Support Group Malaysia
Dari sini surie mula belajar apa itu SD.
Terima kasih admin yg create group nih. 
Terima kasih juga kepada ahli2 group yg sudi sebarkan ilmu yg bermanfaat. 
Semoga Allah membalasnya dengan berlipat kali ganda pahala.

Bila dah join group ni, surie kenal cikgu sd iaitu Rosliza Hj Md Tawal.
Kak liza ni ajar kami free guna apps telegram untuk buat SD. Allahu. 
Jazakallahu khair.

-------

APA ITU SOUDOUGH???
Sourdough atau Doh Masam nih dibuat menggunakan natural yis- yis liar diternak sendiri. 
Ianya melalu proses penapaian semulajadi yg menghasilkan lactobacili dan yis.
Sebab tu ianya akan ada rasa masam hasil tindakbalas asid laktik.
SD nih adalah digestible gluten/ gluten yg mudah dihadam. 
Ianya masih menggunakan gandum tapi protein gandumnya telah diuraikan. 
haaa gitu. paham kan.


Cara penyediaan SD nih rujuk gambar di bawah ni ya.
Jom. Make your own SD starter. Chayok.


Tips untuk buat SD starter menjadi :

- Guna air mineral macam Spritzer. Jangan sesekali guna air berklorin.
- Simpan dalam suhu bilik. 
- Jauhi direct kena cahaya matahari.
- Jangan simpan dalam peti sejuk.
(Kalo nak tidokan SD baru simpan peti sejuk- nak bangunkan SD starter tu buat Levain)

- 6 kali Feeding baru tamat proses fermentasi.
Feeding setiap 12jam. sebanyak 3sudu tepung. Jangan risau jika anda terlupa time feeding asalkan jangan lebih dari 24jam.


-----
Ini surie punya starter..
Okeh. Kita boleh ternak Sourdough Starter nih.
Surie pun baru start ternak di pagi Jumaat yg mulia nih. 18 November 2016.
Hehee. Harap biar kekal berwarisan SD nih sampai 7 keturunan. 
Bernilai tu demi perut yg perlu dijaga. Kerana perut mu begitu berharga. Kerana dari perut jugalah berpunca bermacam-macam penyakit.
"Hargai nikmat sihat sebelum datang ujian sakit."

Orang cakap kejadian SD ni bergantung pada air tangan, emosi, suasana, cuaca, dan seantaranya.
Didoakan Sd starter Surie menjadi lah.
Ouh, buat SD nih jadi kita lebih dekat dengan Allah. Pergantungan tu sehabisnya hanya pada Allah.
Sangka baik dengan Allah. Mitak yg baik2.
Allahumma aameen!



Hai baby SD, menjadilah dikau. kerna hadir mu begitu membuatku teruja.
Tak sabar nak meroti sendiri. 
Nak buat Sd cracker sendiri.
semua versi sihat. semua untuk anak-anak dan keluarga.
huhuu.

Bertabahlah. Memula nak buat SD ni memang busuk disebabkan proses penapaian tu.
Bole bau basi masam satu rumah. 
Nanti dah menjadi. boleh buat Levain pulak.
Orang yg dah berjaya buat cakap, baunya ketagih nak bau. hahaha.
semoga surie berjaya ke tahap seterusnya.

Nanti surie update lagi.
Samada berjaya atau kena ulang buat.







Cerita Detail Tentang GLUTEN

Assalamualaikum...


Lama surie menyepi..
Dari mula mengandung sampai dah habis berpantang. Dah mula kerja pun.
Berhabuk dah blog. Sob sob sob.

Sedih lagi bila tinggalkan anak-anak dalam jagaan pengasuh. Semoga pengasuh menjaga Ammar dan Aniq dengan penuh kasih sayang. Bila dah ada anak-anak, Surie berazam nak jadi ibu yg anak-anak bangga miliki. Biar Surie jadi ibu terhebat di mata anak-anak. Dan semoga Ammar dan Aniq jadi anak-anak penyejuk mata hati Surie juga. Allahumma aameen.

Okeh. Sebab nak jadi ibu hebat, salah satu mestilah nak sediakan makanan-makanan sihat buat diri sendiri dan juga keluarga. Biasanya kita memang makan makanan bertepung gandum. Rata-rata dipasaran memang makanan ini mengandungi Gluten.


APA ITU GLUTEN ???
Campuran protein yang terdapat dalam gandum dan berkaitan bijirin termasuk barli, rye,oat dan semua spesis hibrid seperti itu.

Ramai orang mula menghindari makanan bergluten atas faktor kesihatan. Faktornya disebabkan gluten ini adalah makanan yang sukar dihadam dan ada kaitan dengan sistem imun tubuh badan. Ada juga orang mengalami masalah interolansi gluten dan alergi gluten. Ianya menyebabkan gangguan percernaan, gangguan pernafasan, autoimun- menyerang sistem kekebalan sendiri, dan lain-lain.

Dekat bawah ni, info graphik untuk lebih faham. 
Kredit untuk fb : NorDini Hasnor (team mate Oven Nini).






*******


Tapi jangan sedih dan merungut. hehee.
"Adoi, susahnya nak makan" "Ala, takkan nak makan nasi jek" Glut

Kita masih punya pilihan makanan jika masih makanan bertepung. Kita boleh makan makanan berasaskan tepung guna kaedah bawah ni  : 
- Tepung Bebas Gluten- Gluten Free Flour (GFF)
- Sourdough. (SD)

Senyum sikit.
Next post, nanti surie share detail info untuk GFF dan SD nih.

stay tuned.
("___")








Monday, 18 April 2016

Sebaik-baik Tempat Pergantungan

Salam sayang semua,

Dah bulan April, baru nak cerita pasal cerita awal tahun.  Surie rasa belum terlambat. Sebab ini ruangan coretan kata hati surie. Baru sempat nak menaip di sini. Sebelum ni surie menaip ayat dalam kepala jek..hahahaa. Takut terlupa, better coretkan sedikit di sini.

Tahun 2016 ni, tahun mencabar.
Permulaan surie berjauhan dengan suami atas alasan kerja.
Menjaga Ammar seorang diri, di kala diri pun tengah mengagah mengandungkan anak kedua.
Fuuh. memula tu menangis jugak lah. Sebab tengah mabuk loya. Badan letih.
Nak layan ragam Ammar lagi.
En Amin pulak tiada di sisi. Senang jek air mata tu tumpah.
Selalu telefon tokma buang rasa lemah tu.

Dalam mencari-cari kekuatan, menangis lama sujud minta kekuatan pada Allah.
Alhamdulillah. Allah Maha Pengasih. Dia berikan kekuatan.


Semoga tahun ini akan memberikan surie lebih kekuatan. aameen!

Tuesday, 19 January 2016

Qaseh Gold Adinda ; Terbaik Buat Wanita

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua..

Hai..surie nak cerita pasal kebaikan 'Formulasi Khas Yang Terbaik Buat Semua Wanita'
Formulasi ini berasaskan pelbagai makanan sunnah ditambah beberapa herba terpilih memang terbaik untuk para wanita. Formulasi ini dinamakan Qaseh Gold Adinda.

Betul & Serius. Sebab surie dah hampir 2tahun amalkan Formulasi Makanan Sunnah Qaseh Gold Adinda nih. Memang recommended sangat untuk diamalkan setiap hari demi kesihatan masa depan.

Apa yg bagusnya Qaseh Gold Adinda ni?
Siapakah yg boleh mengamalkan formulasi hebat ini?
Apakah senarai kandungan ramuan-ramuannya?
Apakah kebaikan formulasi ini terhadap kaum wanita?
Bagaimanakah rasanya?
Bagaimana cara pengambilan formulasi ini?

Jom baca sampai habis----semua itu akan terjawab di bawah ini. (^_^)


APA YANG BAGUSNYA QASEH GOLD ADINDA?
Formulasi ini berasaskan 7 jenis makanan sunnah, diperkaya dengan kehebatan 4 herba tradisi & ditambah 3 jenis herba khas memang terbaik untuk para wanita. Semuanya ada 15jenis ramuan-ramuan hebat hanya dalam 1 botol hanya dengan 1 harga.


SIAPAKAH YANG BOLEH MENGAMALKAN FORMULASI HEBAT INI?
Semua wanita boleh mengamalkannya. 
Bermula dari usia 15tahun ke atas.
Sangat disarankan kepada para isteri, isteri yg berusaha untuk mendapatkan zuriat, ibu-ibu hamil, ibu-ibu berpantang, ibu-ibu menyusukan anak, wanita yg aktif, wanita yg mempunyai masalah kewanitaan seperti haid tidak teratur, sengugut, keputihan, dan wanita yg inginkan kesihatan yg baik.


APAKAH SENARAI KANDUNGAN RAMUAN-RAMUANNYA?
Qaseh Gold Adinda diformulasikan daripada pelbagai makanan sunnah seperti Kurma, Madu, Habbatusawda, Buah Tiin, Zaitun, Delima & Air Zam-zam. Diperkaya dengan kehebatan prebiotik semulajadi Gam Arab & herba tradisi seperti Gingko, Za'afaran & Sireh. 
Ditambah lagi dengan herba khas untuk wanita iaitu Passiflora, Pegaga & Manjakani.


APAKAH KEBAIKAN FORMULASI HEBAT INI TERHADAP KAUM WANITA?
- Memberi & menambah tenaga.
- Menaikkan seri wajah & Awet Muda.
- Menstabilkan hormon & emosi.
-Mengurangkan stress.
-Menguatkan sistem imun badan.
-Melancarkan proses penyerapan & perkumuhan.
- Membantu mendapatkan zuriat.
- Membantu memulihkan masalah-masalah kewanitaan seperti haid tidak teratur, sengugut, keputihan, cyst, dll.
- Memperbanyakkan susu ibu bagi ibu-ibu yg menyusukan anak.
- Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin bagi ibu baru melahirkan.


BAGAIMANAKAH RASANYA?
Rasanya sangat sedap!
Manis-manis buah jer. Lagi sedap jika disimpan dalam peti sejuk selepas dibuka.
Rasa manis & sejuk!!
Sangat sedap. Betul. Serius tak tipu.


BAGAIMANA CARA PENGAMBILAN FORMULASI HEBAT INI?
Hanya 2 sudu pagi sebelum sarapan & 2 sudu malam sebelum tidur.
Sangat mudah.
* Gunakan sudu plastik ya. 




*Ramuan-ramuan Qaseh Gold Adinda ini tinggi anti-oksidan; Dimana ianya membantu memulihkan sel-sel tubh dari dirosakkan oleh radikal-radikal bebas yg masuk ke dalam tubuh. Radikal bebas ini membuatkan tubuh kita bertoksik dan cepat jatuh sakit. Bila kita amalkan makanan tinggi anti oksidan, tubuh lebih awet muda tau. Huhuu.

' Nak sihat? ' 
Ianya bergantung dengan gaya pemakanan anda.
Gaya pemakanan anda sekarang adalah penentu kesihatan anda di masa akan datang.
Kita adalah apa yg kita makan.

Nak tahu lebih detail?
Nak dapatkan konsultansi berkenaan Qaseh Gold?
Jom terjah page di bawah ini :



"Jom amalkan Qaseh Gold Adinda ini dengan isiqomah setiap hari 
demi kesihatan masa akan datang. InshaAllah. Dengan izin Allah jua."




Thursday, 14 January 2016

Snowdrop ; Cloth Pad Moden Terbaik Untuk Semua Wanita

Assalamualaikum semua.

Entry kali ini, surie nak bercerita satu isu yang paling berkait rapat. 
Isu wanita dan haid.

Topik feminin sikit. Tak kisah pun kalau golongan lelaki yg membaca entry ini. Sebab si lelaki yg baca boleh sebarkan info ini kepada wanita-wanita yg mereka sayangi. Apatahlagi, hadiahkan mereka dengan 'Cloth Pad' atau 'Pad Kain Yg Moden' ini. 
Manfaatnya sangat besar pada kesihatan malah kepada penjimatan wang juga. Gitu.

Apakah 'Cloth Pad' atau 'Pad Kain Moden' nih?
Ia adalah alternatif kepada penggunaan pad pakai buang. Uniknya Cloth Pad ini adalah boleh diguna pakai semula selama bertahun-tahun.. Sangat mesra alam. Sangat menjimatkan. Mudah dicuci. Bersih dan selamat kepada kesihatan penggunanya. 
Secara asasnya, ianya diperbuat daripada fabrik/kain yg dapat menyerap aliran darah haid atau darah nifas. Gitu. Ala-ala kembali kepada ke zaman nenek moyang kita dulu-dulu tuh. Tapi versi orang tua dulu-dulu, guna perca kain yg dilipat2 tebal tu. Surie pernah cuba guna kain batik lipat2 masa zaman sekolah jer la..hehee.

Kenapa Perlu Bertukar Daripada Penggunaan Pad Pakai Buang?
Pad pakai buang diperbuat daripada pulpa kayu atau bahan-bahan kitar semula. Bila ianya menggunakan bahan kitar semula, ianya melalui proses pelunturan dengan agen klorin dan bahayanya ia menghasilkan dioksin. Dioksin ini toksik yg bahaya kepada sistem imun, gangguan hormon,& organ pembiakan kita.

Jom bertukar ke arah kehidupan lebih sihat!
Surie pun baru bertukar kepada Cloth Pad ni. Dari lama dulu surie tahu memang pad pakai buang memang membahayakan kesihatan. Pernah jugak guna alternatif lain dengan guna pad herba tapi mahal. Lagipun, surie tetap tak sesuai guna. Jadi gatal-gatal. huisk. ishk ishk.

Jeng jeng jeng.
Sehinggalah surie jumpa Cloth Pad nih. Memang teruja lah sebab memang surie suka sangat produk semulajadi dan menyihatkan macam ni. Sebab nak jaga kesihatan, surie berusaha kumpul duit kutu sorang-sorang terus grab Snowdrop nih. Betul.

Alhamdulillah. Gembira. Dapat ubah satu lagi cabang dalam menjalani gaya hidup sihat. Memang sekali nak beli rasa mahal tapi bila ditimbang-timbang, cloth pad ni lagi jimat -sebab beli sekali, gunanya berkali-kali. Memang jimatlah.  Lagipun, manfaat kepada kesihatan tu, kang bila jatuh sakit, duit nak berubat lagi mahal wooo.

   
     

Snowdrop ini menawarkan pelbagai saiz untuk Cloth Pad. Dari pantiliner sampai ke maternity pad.
Untuk pengguna aliran darah banyak ke aliran sedikit semua ada. hehee. 
Senang nak cuci. Alirkan air dan tenyeh2 sikit macam basuh pad pakai buang tuh. Kita sebagai wanita Islam memang wajib cuci darah haid pada pad sebelum buang. Jadi, bab basuh2 pad ni perkara biasa la kan. huhu. Bezanya bila guna Cloth Pad nih, basuh Cloth Pad tu pastu perah sekering mampu pastu masukkan dalam beg basahan. Nanti balik rumah baru cuci betul2 dan jemur.
Jadi, takda alasan la nak cakap kalau bekerja & travel susah nak guna cloth pad ni yer. hehee.
*Ingat- basuh guna sabun biasa, Tak boleh guna peluntur & pelembut fabrik ok.



Ini pakej yg surie grab hujung tahun. Surie pilih Pakej Year End Sale Denim Trial & Medium Dew.
Huhu. Dapat 2 beg basahan. Stok beg basahan dah habis warna tu yg dapat 2-2 beg warna pink je. haha. Rezeki pink gitu. 


Fabik lapisan tu sangat lembut. Gebu jek kainnya. Selesalah. 
Nak guna pad ni macam guna pad pakai buang jenis bersayap tuh. Cloth pad ni direka dengan butang comel tu. Memang pad tak bergerak pun walaupun anda berlari. hehehee. Jangan risau ok.


Nampak tak beza saiz cloth pad tu. 
Dalam pakej trial (kiri) dapat pantiliner, light mist, medium dew & medium dew.
Pakej medium (kanan) dapat 4 keping cloth pad.


Cantik kan corak-corak tuh. baru bersemangat nak guna yek. huhuu.
Ini kain bahagian luar. Cantik kan..sep sikit. huuu.

-------
Korang pun nak cuba bertukar dari pad pakai buang ke pad kain moden ni? Nak tahu harga? 
Nak dapatkan pakej istimewa? 
Nah..korang boleh terjah :

SNOWDROP


Nasihat Surie :
Bertukarlah kepada pad kain moden ini yg akan memberikan kesan kesihatan yg lebih menyihatkan kepada tubuh kita InsyaAllah. Ini kerana kita dah tak perlu nak hadap toksik-toksik merbahaya dari pad pakai buang. Penyakit gatal-gatal, sengugut, & keputihan akan berkurangan dan bertambah baik.

Terkadang kita memandang enteng terhadap sesuatu perkara kecil, 
padahal ianya memberikan kesan kepada perkara yg besar juga.

Jagalah kesihatan semampu mungkin. Selebihnya doa dan tawakallah kepada Allah.

MMuUUaAHh!


Monday, 11 January 2016

MooGoo : Penawar Semulajadi Untuk Kulit Bermasalah

Salam semua..Heloo..
Kisah Surie dah jatuh hati pada MooGoo!

Sebagai pesakit Ezcema yang dah bertahun-tahun..selama itu juga surie tercari-cari produk yg boleh menolong untuk kulit surie sembuh dan cantik. Banyak sangat duit surie habis untuk beli produk-produk penjagaan kulit nih. Ezcema surie satu badan ok. Sedih.

Maka, memang surie tak boleh guna produk sembarangan jek. sebab nanti kulit akan jadi makin teruk dan kering pastu pedih-pedih. Azab menahan gatal & pedih tu ok. Kekadang susah nak tidur malam. Allahurobbi.

Cuba korang namakan jer apa produk penjagaan kulit yg korang tahu, inshaAllah-kebanyakkan tu dah pernah surie cuba tapi tak membantu pun. Habis duit bagaikan angin lalu jek. Rasanya beribu kot duit habis. Beli sebotol, guna 3-4 kali terus buang jek lah. Memang tak boleh guna. Kulit surie reject ok. Sob sob sob.

Alhamdulillah, dah hampir setahun surie amalkan makanan sunnah- ezcema surie di badan dah hilang. Cuma ezcema ni degil nak tinggalkan muka dan tangan surie jek. Tersalah makan atau lagi-lagi tersalah produk memang terus flare up. Tensen betul. Sabar jek la.
Astaghfirullahala'azim.

Alhamdulillah. Sejak surie group 'Ezcema Malaysia' di facebook. Banyak sangat info & ilmu yg surie dapat. Syukur pada mereka-mereka yg tubuhkan group ni untuk berkongsi cara untuk dari luaran dan dalam. Rupa-rupanya ramai sangat yg terkena ezcema ni. Dari golongan bayi sampai golongan dewasa.  Kecian sangat termasuklah diri sendiri. Sob sob sob.

------------
Tips asas untuk sihat bagi pesakit ezcema ni kena dipulihkan dari dalaman dan luaran. Sekarang ni surie nak cerita bab luaran dulu. Jadi, untuk luaran, kita kena gunalah produk Organik. Bukan sapu krim-krim steroid tau. 
Ya. 
Memang surie tahu, bila sapu produk organik kita lambat sembuh tapi semakin sembuh tau. 

Dan korang harus terima kenyataan yg pahit bila korang pilih untuk sapu krim steroid- ianya memang cepat sembuh tetapi bila radangnya kembali semula akan jadi lebih teruk. Lagipun bila ianya meradang kembali, dos steroid perlu yg lebih tinggi, kulit jadi ketagih steroid dan tetap ada kesan sampingan!
Hati-hati.

Straight to MooGoo. Inilah produk yg surie guna untuk muka dan seluruh tubuh. Surie beli starter pack ni dengan harga RM159.00 lepas dapat diskaun. Tupun pergi beli dekat farmasi yg adik surie bekerja. Harga normalnya RM199.00. 
Memang mahal tapi berbaloi sebab bebas bahan kimia. 
Yeay. Sebelum beli Starter Pack ni, surie pernah guna produk MooGoo yang loose macam Deodorant, Irritable Skin Balm & Fresh Goat Milk Soap. So, memang dah lepas ujian testing. Baru surie beli set starter pack nih. 


Jom kita review produk yg terdapat dalam Starter Pack ni :








Dalam Starter Pack ni ada 4 produk MooGoo iaitu :

1. Milk Wash 500ml. 
Boleh digunakan di seluruh tubuh & juga muka. Kiranya guna sebagai pencuci muka & mandian gitu.

2. Irritable Skin Balm (ISB)
Sepas mandi, lap kering dan sapu ISB nih. ISB sangat bagus untuk kulit yg merah, kering & gatal. 

3. Soothing MSM
Lepas sapu ISB dan biarkan meresap sebentar, kemudian sapu MSM nih. MSM ni untuk melembapkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan.

4. Skin Milk Udder Cream 
Selepas dah sapu MSM dan biarkan meresap sebentar, kemudian sapu Udder Cream ni untuk extra kelembapan kulit dan skin repair. Bagi kulit nampak lembap dan elastik. 

Jangan risau ok. Produk ni tak membuatkan kulit berminyak pun. Surie memang suka sangat pakai. Alhamdulillah. Sangat membantu. Doakan surie cepat-cepat pulih ya. Dari tempoh surie guna, memang kulit nampak semakin baik walaupun lambat sikit. Takpa, perkara baik selalunya datang lambat kan..hehe. Kalau difikirkan harga, memang nak pengsan- tapi bila guna memang berbulan-bulan sebab tak perlu sapu banyak-banyak & tebal-tebal. Gitu. Huhuhu.

Sesiapa yg bermasalah dengan ezcema, memang surie galakkan korang cuba produk MooGoo nih. 
Tenyata ianya memang Organik, No SLS, No Parabens, No Mineral Oil, No Harsh Chemical, No Steroid, PH balanced, 100% natural & Natural fragrance

 Korang nak cuba dapatkan jugak produk MooGoo ni?
Boleh pergi di mana-mana kedai farmasi atau boleh online order di MooGoo Malaysia.

-----------------


TIPS SURIE DIHARAPKAN DAPAT MEMBANTU :

1. Ketahui tips asas untuk sihat bagi pesakit ezcema :
a) Luaran : 
- Gunalah produk Organik yang disahkan organik. Contoh produk MooGoo & Buds. 
Pernah surie dapat promoter yg promote produk dikatakan organik tapi bila surie baca bahan kandungan/ingredient tu tak organik pun. Langsung takda pengesahan organik dari mana-mana pertubuhan organik.
- Ada produk yg non-steroid tapi ada chemical. Contoh SebaMed, Cetaphil, Ezzerra, etc. Surie dah pernah cuba semua tapi elok sementara waktu pastu jadi balik.
- Kena pandai baca ingredient, sebab kebanyakan produk mandian bayi ada chemical tau. Ishk ishk. Dulu masa kulit tengah kritikal, surie fikir adakah kulit surie ni sensitif macam kulit bayi pastu gunalah produk mandian bayi. Cesss. Tak selamat jugak. 

b) Dalaman : Kenali jenis elergik & jaga pemakanan yg di ambil.
Biasanya bila bermasalah kulit, perkara paling penting adalah membetulkan flora gut & leaking gut ni. bila kita amalkan a healthy gut, inshaAllah, tubuh kita akan bertambah baik. Sebab masalah flora gut & leaking gut kita telah selesai. (*nanti surie tulis detail bab pemakanan ya).

2. Sebelum beli apa-apa produk organik sekalipun tetap kena buat patch test untuk kenal pasti elergik dengan apa-apa bahan terkandung dalam produk. 

3. Teliti juga expired date, ingredient, certified organik & etc produk-produk tersebut ya.


'Kesihatan yang baik itu mahkota bagi orang-orang yg sihat & 
nikmatilah masa sihat sebelum datangnya masa sakit.'

Jumpa lagi di entry akan datang. Mmuuah.

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign