Thursday 31 December 2015

Perubahan Demi Menghargai Nikmat Kesihatan

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016.

Setiap kali tahun baru, wajib ada azam baru. Hahaa.
Samaada qada' azam yg tertunggak di tahun-tahun yg berlalu.
Atau cipta azam baru dan berusaha menunaikannya supaya tak terkubur macam azam yg sudah-sudah.
Hahahaha.

Azam surie tahun 2016 ni adalah nak apply konsep 'Mencegah lebih baik dari merawat'.
Sebabnya adalah :
- bila tahun bertambah, maka umur pun bertambah la kan? heeee.
- nak menghargai nikmat sihat. (Ingat waktu sihat sebelum waktu sakit- gitu)
Semoga dengan pertambahan umur ni, kami sekeluarga tetap dikurniakan kesihatan yg baik. Aameen.

Okeh. Langkah-langkah asas yg surie telah surie buat adalah bertukar kepada makanan yg lebih menyihatkan lah. Kesihatan kita ditentukan oleh gaya pemakanan kita tau.

Memula surie nak bertukar kepada bahan-bahan makanan yang lebih baik tu bukan sekaligus jalan. Sikit demi sikit oii. Bahan-bahan makanan ini harganya sedikit tinggi berbanding makanan yg biasa tuh. Tapi kena berwaspada jugak, sebab yg mahal tidak semestinya baik tetapi yg baik biasanya mahal.. hehehe. Kena jugak pandai memilih ok.

Pemanis : 
Dulu surie guna gula putih yg biasa dijual tu1kg RM 2.80 kot. Lama dah tak beli. Motif bertukar sebab gula putih tu 'clorox' untuk nampak cantik dan bersih tapi tidak menyihatkan. Suire jugak memang dah stop beli susu pekat manis tu atas alasan kesihatan. Gitu.
Sekarang dah bertukar guna gula perang organik - organic raw cane sugar brand Country Farm Organic. Mahal sikit. 2pek combo 900g rasanya masa surie beli RM 17.00 kot. Beli dekat Aeon. Lagipun, kami sekeluarga amat minima dalam penggunaan gula nih. hehee.

Garam :
Sekarang surie guna Garam Masakan Kristal Himalaya. Ianya lebih asli, ada mineral-mineral semulajadi, tidak melalui proses pelunturan dan menyihatkan badan. Sebekas 800g RM 19.00.

Ayam :
Surie beli ayam organik Az-Zain. Sepeket tu dah siap bungkus seekor ayam yg telah dipotong 8bahagian. Sepeket seekor ayam tu lebih kurang dalam RM 20.00.

Makanan Sunnah :
Kurma, kismis, madu, minyak zaitun-olive oil, susu kambing, almanna & Qaseh Gold memang wajib ada dalam rumah dan memang kami amalkan.

No Fast Food. 
No Processed Food. 
No Canned Food. 
No MSG - Ajinomoto, Cukup Rasa Maggi, Knorr, & segala kiub pati perasa memang tak guna.
The listings big no ini memang takda stok dalam dapur. huhuu.

Dari segi penjagaan luar pun, sebolehnya surie cari produk-produk organik gitu.
Ubat Gigi :
Guna ubat gigi yg non-fluorida. sebab fluorida sangat bahaya kepada kesihatan.
Boleh google 'bahaya fluorida'

Sabun Mandian/ Shampoo :
Bertukar kepada produk yg lebih organik. Lagi-lagi surie ni mempunyai kulit yg sangat sensitif. Salah produk boleh jadi kulit gatal-gatal pedih ooi.

Pad/ Tuala wanita :
Surie bertukar daripada guna pad pakai buang kepada Cloth Pad atau Pad Kain Moden.

-----


Ermmm. Apa nak buat. Produk untuk menyihatkan ni agak mahal kan. Sebab nak amalkan konsep yg paling atas tu lah..huhuu. Biar makan makanan yg sihat. InshaAllah, hidup jadi lebih sihat . Jangan makan tak jaga- at last, sakit terbaring kos berubat lagi mahal ooii. Sudahla sakit tak tertanggung, duit pulak susut sebab nak berubat. Siapa susah nanti ?Cuba renung-renung ok.

p/s : Jikasurie makan di luar, surie akan makan makanan berlauk yg menawarkan makanan sebenar. InshaAllah. Kita cuba berubah sama-sama ok. Memilih makanan yg halal toyyiban juga adalah satu jihad. Bukan senang ok tapi taklah sesusah mana. Alah tegal biasa. Gitu.

Selamat Tahun Baru 2016. 
Eat healthy & Stay healthy ok. 
Bye-bye 2015, semoga segala kenangan tetap menjadi pedoman.






Tuesday 29 December 2015

Bunga Kantan oh Bunga Herba

Cuti hujung tahun 2015 ni, tokma dan tok ayah datang bercuti di rumah kami. Yeayy. Seronok la ammar ada tok ma dan tok ayah untuk teman bermain. Banyak pulak celoteh dan kerenahnya. Ayah surie ni kalau datang mesti siap dengan buah tangan. Katanya tak reti nak datang kosong. Hahaha. Kali ini, ayah datang bercuti di bandar masa tak kena sebab musim buah di kampung dah habis. Jadi ayah datang bawak bunga kantan dan pisang jer.

Banyak oooi. Siap surie bawak sekotak untuk diagihkan ke kawan-kawan di pejabat lah..gitu..hehee. Ayah surie suruh bagi percuma jek. Semoga ada pahala lebih Allah bagi untuk kebaikan ayah. Aameen!

Ayah surie ni suka menanam. macam-macam pokok dia tanam. Bunga kantan ni pun ayah surie tanam kat belakang rumah jer. nak makan- pergi jek belakang rumah petik. hehee. Kalau dekat bandar, kena ler pergi beli dekat kedai. itupun payah nak jumpa atau harganya mahal oii.

Hari ini surie nak cerita pasal bunga kantan. Kot lah ada yang tak kenal lagi dengan bunga kantan ni. hehee. yelah. budak-budak sekarang semuanya yg segera jek. kurang nak kenal makanan yg sebenar. oopps. bukan semua tapi kebanyakkannya la. heh..heh..heh. 
-----

Pokok Bunga Kantan- Bunga herba.
Biasanya bunga kantan ni paling famous dalam masakan. Boleh dijadikan bahan perasa atau perencah dalam jenis-jenis masakan. Contohnya masakan macam laksa penang, masak asam pedam, ulam atau nasi kerabu. Sedap.

Banyak khasiat bunga kantan ni. Ianya tinggi antioksidan, bila tinggi antioksidan-mestilah awet muda. Nak awet muda, kena makan makanan tinggi antioksidan tau. Boleh rujuk dekat artikel khasiat-bungaa-kantan yg surie dah link di bawah sekali. =)



Inilah pokok bunga kantan. Surie ambil gambar dari google tapi lupa siapa punya, minta halal ya.
ada kawan pejabat surie suka bila surie bagi bunga kantan pastu nak tanam dekat apartmentnya sebab suka makan bunga kantan. sekali surie tunjuk rupa pokok ni, terus terbantut niat nak menanam. hahaha.

ayah surie tanam pokok bunga kantan ni dekat belakang rumah jek. Banyak jugakla pokoknya. setiap minggu kalau ayah surie kutip bunga herba ini untuk jual dapat lah jugak hampir seratus batang lebih.
ada duit poket lebih katanya. nak belanja cucu. hohoho.


Ini bunga kantan yg kuncup-belum berkembang. 
Surie ambil gambar dari google juga tapi lupa siapa punya, minta halal ya.
Memang biasanya kita guna bungan kantan yg kuncup macam ni dalam masakan. Mahal oooi sebatang bunga kantan tuh. Kalau kitorang nak balik Terengganu, mak-mak sedara dekat sana mesti order bunga kantan dengan ayah. Sebab katanya sebatang bunga kantan dekat sana mencecah RM5 sebatang. sampai sanggup memasak asam pedas tak letak bunga kantan lah disebabkan harga mahal sangat tu. heheee.

Mungkin dipasaran pun kurang mendapat bekalan tapi permintaan tinggi dari pengguna kot. Bunga kantan ni pun boleh dibuat sebagai sumber pendapatan sampingan tau. Ayah surie mulanya menanam dengan niat suka-suka ajer. Bila bunga herba ni berputik, ayah pun kutip pergi jual dekat pasar. Adalah dapat duit poket lebih. huhuu. Sekarang, dah jadi rutin pulak jual bunga kantan. Ayah oh ayah. huhu.



Subhanallah, cantik sangat bunga kantan ni kalau dah kembang.
Ciptaan Allah memang unik dan tidak pernah sia-sia.

-----

Ini cerita tok ayah ammar dengan bunga kantannya. huhu. 
Jumpa next entry.
Selamat berhujung tahun.



Rujukan :

Tuesday 15 December 2015

Masalah Cacing & Cara Merawat Dengan Secara Alami

Sejak dua menjak ni, newfeeds facebook surie banyak cerita pasal masalah cacing..
Famous cacing sekarang sebab jadi bahan viral. huhuu.
Bagus jugak ni info pasal ke'cacing'an nih.
Boleh tambah pengetahuan. Boleh kongsi pengalaman.

Ini surie ringkaskan info cacing melalui sumber-sumber pembacaan surie.
Cacing ni merupakan parasit dalam tubuh kita. huhuu. Cacing parasit. errk!


Info Tentang Cacing :
  • Jangkitan cacing boleh berlaku daripada pencemaran tanah yang tercemar dengan telur cacing.
  • Cacing boleh hidup dalam setiap tubuh manusia tak kira kanak-kanak, dewasa, wanita, lelaki mahupun perempuan terutamanya yang mereka yg mempunyai sistem imun tubh yg rendah dan tidak menjaga kebersihan.
  • Cacing ini bukan sahaja hidup di dalam usus tapi boleh berpindah ke mata, hati, paru-paru, gallbladder & salur darah juga.
  • Jangkitan cacing ini juga boleh berlaku melalui sentuhan kulit dengan dari haiwan peliharaan. *Bilamana anda memelihara kucing atau anjing atau lain-lain haiwan peliharaan- kebersihan   haiwan tersebuh perlu dititikberatkan.

Cara-cara untuk elakkan jangkitan cacing :

  • Amalkan kebersihan diri dan rumah. 
  • *Penting - sentiasa cuci tangan sebelum & selepas makan.
  • *Paling Penting - sentiasa cuci tangan selepas keluar tandas.
  • Cuci tangan selepas menyetuh haiwan peliharaan.
  • Pakai kasut atau selipar bila keluar rumah sebab cacing boleh masuk terus menerusi kulit. Jangan berkaki ayam yer.
  • Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yg dimakan mentah. *Tips - cuci dengan cuka epal atau cuka kurma.
  • Meminum air yg bersih.Jauhi meminum air yg tercemar.
  • Makan makanan yg bersih & masak sepenuhnya.
  • Makan ubat cacing setiap 6bulan atau amalkan pemakanan alami yg boleh membunuh cacing. *Ibu hamil & bayi bawah 1tahun dilarang makan ubat cacing!


Kesan sampingan infeksi cacing :

  • Perut atau usus tersumbat dengan cacing. Tidak membuang air besar-Muntah-Perut kembung. Jadi, kena operate untuk buang cacing-cacing tu.
  • Gangguan pernafasan. Larva cacing boleh pergi ke paru-paru & menyebabkan anda batuk serta lelah.
  • Cacing yg terlalu banyak pada usus besar & rektum ini boleh akibatkan usus terkeluar dari lubang dubur.
  • Gangguan darah sebab cacing parasit ini menyerap nutrien tubuh kita. Ada jenis cacing yg hisap darah macam drakula & menyebabkan kita jadi kekurangan darah/anemia. anemia nih boleh membantutkan tumbesaran kanak-kanak serta kegagalan jantung.
  • Jangkitan pelbagai penyakit kulit dan alahan.
  • Masalah emosi kerana cacing ini menggangu sistem saraf utama.
  • Gangguan tidur sebab cacing parasit ini aktif pada waktu malam menghasilkan toksin dan tubuh pula cuba menghilangkan toksin jadi ianya jadi gangguan tidur.


Fuhh! Bahaya betul cacing ini. Dah la menggelikan kan pastu mengerikan pulak.
Eeerrrrkk!



Waktu cacing parasit ini paling aktif :
  • Biasanya aktif ketika bulan penuh khususnya cacing pita memang aktif masa bulan penuh. Tetapi ada cacing yg aktif sepanjang masa.
  • Cacing juga aktif ketika bulan baru seperti cacing gelang. Jika anda merasa ketagih dengan makanan atau minuman manis tu -awas jaga-jaga ya. 

Petua menggunakan kaedah alami untuk bunuh cacing parasit ini :

-- Kena lebihkan pemakanan yg boleh bunuh parasit ini 5hari sebelum bulan penuh & bulan baru.
   (rujuk gambar untuk tambahan senarai)
  • Makan buat tomato mentah.
  • Makan atau minum bawang putih samada mentah-mentah atau dibakar dan dicampurkan dengan minyak kepala dara (VCO) atau minyak zaitun (Olive oil).
  • Minum air kelapa yg asli.
  • Makan lobak merah mentah atau juice carrot setiapa pagi.
  • Nenas muda diparut dan diperah ditambah madu atau gula batu & terus diminum.
-- Kena elakkan pemakanan yg boleh memberi tenaga kepada parasit ini 5hari sebelum bulan penuh & bulan baru.
  • produk tenusu.
  • gula bertapis seperti sukrosa, fruktosa & sirap jagung.
  • tepung.
  • makanan manis.
  • makanan segera.
  • makanan berproses yg mengandungi pewarna & bahan pengawet.
  • jika boleh ikan, daging merah & makanan laut.



Buah fikiran Surie , hehehe :
- Patutla Nabi saw menyarankan kita rajin-rajin berpuasa sekurang-kurangnya 3 hari setiap bulan. Ada hikmahnya. Allahu. Perkara yg Nabi saw ajarkan kita untuk lakukan tak pernah sia-sia.
Allahumma solli ala Muhammad.


Rujukan :
1. Simptom, Punca & Cara Merawat Cacing
2. Bahaya Cacing Kepada Tubuh Manusia
3. natural-way-to-get-rid-of-parasites
4. Cara Mengesan & Merawat Parasit Serta Kaitannya Dengan Kalendar Islam

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign