Wednesday 27 May 2015

Lagu Arjuna Beta buat Ammar Muttaqin

Surie suka sangat dengan Fynn Jamal.
Bagi surie dialah idola untuk surie jadi kuat disebalik lagu-lagunya.
Benar. Lagu-lagu Fynn Jamal memang lahir dari hati. Penuh makna.

So, hari ni surie nak bercerita berkenaan lagu yang buat surie boleh menangis.
surie akan menangis setiap kali dengar lagu 'Arjuna Beta'.
Tersentuh sampai ke dalam ruang hati yang paling dalam.
Hati ibu kot. anak tu kan nyawa seorang ibu. Cepat sentap kalau berkenaan anak nih.
(*___*)

Oleh itu, surie nak tujukan lagu ini buatkan anak syurga surie.
eh eh suka-suka jer lagu Fynn Jamal tulis untuk anaknya Arjuna Bakti- surie cuma copy-paste bagi kat Ammar Muttaqin pulak..huhuu..Fynn Jamal dah tulis kat blog dia boleh ambil tapi jangan curi ok.
huhuu. lagipun surie takda bakat buat lagu, so gunalah lagu puisi yg sangat indah ni kan..chewah.

Ammar, nanti ammar rindukan ibu bila ibu tiada nanti - boleh dengarkan lagu nih..tapi al-fatihah & doa tu jangan pulak lupa nak kirimkan sekali buat ibu yer sayang ibu..hehee..


-------

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur

datang petir menyambar

jengking dan ular–

bonda takkan berundur


nyamanlah arjuna beta

mimpikan yang indah saja

nanti bila kau buka mata

semua tak serupa


kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi

jalan betul, anakanda,

tak jelas mata–

ambil yang sarat duri


hiduplah arjuna beta

biarkan jasad yang luka

selama tuhanmu ada

takkan engkau tercela


ngeri tak terbayang mata

bonda takkan ada sentiasa

nanti moga kau tak lupa

bonda memujukmu, anakanda


hiduplah arjuna beta

biarkan jasad yang luka

selama tuhanmu ada

takkan engkau tercela


nyamanlah arjuna beta

mimpikan yang indah saja

nanti bila kau buka mata

semua tak serupa

------


Ammar faham tak lirik lagu nih?
harap-harap ammar faham..kalau tak faham..ammar cuba tanya Fynn Jamal lah..hehee..
lagu ni macam puisi sikit. kiasan yang sangat dalam maknanya..

'baik ibu. nanti ammar siasat apakah makna nya. ammar akan ingat lagu ini yer ibu.'
(*____^)
ngehhh!

"Untukmu hai anak,
Semoga kau takkan lupa,
Setiap nafasmu moga kau zikirkan pada Tuhan,
Agar seluruh yg pernah bersamamu dalam ingatan dan doanya,
Mendapat kembali nikmat yg berlimpahan,
Kau adalah jariah berterusan untuk mereka, maka kau jangan lupa,
Selamat menjadi hamba yg lebih sempurna lebih dari ayahbondamu,
Jadi anak yg ikhlas baktinya,
Jadi suami yg teguh pada wanitanya,
Jadi lelaki yg terpuji dan termulia,

Muhammad Ammar Muttaqin.
Hiduplah sepenuh hidup,
Agar kehidupan akhiratmu lebih membahagiakan.


Semoga ammar membesar jadi anak yang soleh.
Ammar harta ibu abah dunia akhirat.
Ammar juga nyawa ibu abah juga.

Jalanilah kehidupan yang mencabar ini dengan berpandukan perintah Allah. InsyaAllah, kehidupan mu akan menjadi tenang nak..kerana Allah yang jadikan kita..maka Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat kita. Tiada sesuatu perintahnya sia-sia..semuanya mengandungi hikmah yang sangat besar.

Bila bersedih - ingatlah Allah.
Bila bahagia - ingatlah Allah.
InsyaAllah, Allah akan sayang padamu.
Bila Allah sayang - tiada apa yang lebih membahagiakan daripada mendapat kasih sayang Allah.

Ibu sayang ucukk ibu..mmmuah!


Friday 15 May 2015

Buku Rujukan Lengkap Penyusuan Susu Ibu

Kitab Rujukan Penting untuk Penyusuan Susu Ibu.

Hari ni, di hari Jumaat yang mulia.. surie nak berkongsi tentang buku yang sangat menarik..semenarik isi lengkap di dalamnya..semenarik warna & imej yang berwarna-warna.. gitu.. seronok nak membaca gitu..hahaha..macam budak-budak kan..ada gambar-gambar & warna warni baru nak membaca..eheh.

Surie tahu tentang buku ni masa surie selalu isi minyak kat Petron. so kedai Treat Petron ada jual majalah ilmiah..dari situlah surie ternampak buku nih..apalagi, surie terus lah beli..pejam mata bayar harga buku walaupun masa tu dah hujung-hujung bulan tunggu gaji masuk..duit isi minyak kereta pun berkira-kira nak isi..huhuuu.. takpelah, buku nih boleh dijadikan rujukan sepanjang hayat kan..atau berkongsi dengan adik-beradik yang memerlukan ke.. kan ' sharing is caring'. gituuu.

Sebab Surie jadikan buku nih sebagai koleksi terpenting surie sebab mula-mula start dengan dunia breastfeeding , surie blurr sangat-sangat bagaimana nak handle dunia menyusukan anak sebab surie ini ibu yang berkerja..nak tanya mak, mak cakap dia dulu direct feeding jer sebab surirumah kan..dah tepuk dahi la pulak..kat siapa surie nak rujuk ni tenang cara simpan & uruskan stok-stok2 susu ibu..
sebab tu surie cari ilmu-ilmu penyusuan nih.. nampak betapa bergunanya buku nih..

Misi terpenting tu- surie nak membesarkan anak hebat surie ni dengan susu ibu..so bila surie nak berjaya, surie kena ada panduan. makanya surie jadikan buku manual lengkap ni antara panduan dan rujukan terpenting surie lah..gitu..kelass kau surie..hohoo..ini lah secuit dari kasih sayang seorang ibu..

Ammar oh ammar..
ingat tuh..ammar membesar dengan susu ibu..ibu berusaha patuhi saranan Allah untuk menyusui selama 2 tahun.. masa ibu tulis ni, ammar baru berusia 1tahun 5bulan.
Fuhh. Jauh lagi perjalanan.  semoga ibu berjaya. Senyum.



Kitab Rujukan Penting yang wajib dimiliki oleh setiap para ibu-ibu.
Para bapa-bapa penyayang pun boleh membaca & menjadikan buku ini sebagai hadiah kepada pasangan masing-masing.
(^___^)


Ok. Fokus.
Berbalik pada topik 'Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu'.
Semuanya tentang perjalanan penyusuan susu ibu ada di dalam buku ini. Rugi sangat jika tidak memilikinya. 

Antara topik-topik menarik yang dikupaskan adalah:
  • 'Pemberian' susu ibu versus 'penyusuan' susu ibu
  • Tanda-tanda bayi mendapat susu dengan secukupnya
  • Anatomi dan fisiologi penyusuan ibu
  • Bapa juga mampu 'menyusukan' anak
  • Perlukah alatan yang mahal dalam penyusuan
  • Memerah dan menyimpan susu ibu sebelum kembali bekerja
  • Berurusan dengan penjaga anak
  • Kaitan antara penyusuan ibu, stress, dan pemakanan
  • Mengapa susu tidak banyak terhasil
  • Bengkak susu, puting luka, keradangan payudara, apa yang berlaku dan bagaimana ibu dapat menghadapinya
  • Mengapa bayi menolak susu ibunya
  • Bayi kuning, apa yang terjadi sebenarnya
  • Menyusu pada waktu malam
  • Menyusu di tempat awam
  • Bagaimana ibu dapat menangani kritikan dan persekitaran negatif

Ternyata surie memang sangat berpuashati dengan buku nih. Terima kasih tak terhingga kepada penulis buku nih. Jazaakumullaahu khairan. 

Buku ini sangat membantu surie jadi lebih kental dengan cabaran-cabaran dalam penyusuan.
Penyusuan susu ibu agak susah bagi sesiapa yang tiada ilmu mengenainya.
Penyusuan susu ibu menjadi sangat senang jika kita ada ilmu mengenainya.


Mahukan buku ini???
SMS/ WhatsApp ke 016-3092067.

Harga (Semenanjung) : RM60.
Harga (Sabah/Sarawak) : RM63
Berat 450gram
Mukasurat :400++ helai.


Jadi, jangan berkira dengan ilmu yang bakal kita perolehi. Jadikanlah buku ini sebagai simpanan & rujukan untuk berjaya dalam perjalanan penyusuan anda!

***Kongsikan juga kepada ibu-ibu atau bakal-bakal ibu yang lain jika mereka telah lama mencari rujukan tentang penyusuan susu ibu ini.

Terima kasih.





Wednesday 13 May 2015

Minuman untuk Ibu-ibu Menyusu - 'The Mother's Secret'


Awal bulan Mei 2015 lepas, dengan berat hati surie kena join 'Team Building' anjuran syarikat tempat surie bekerja ke Phuket selama 4hari 3malam. Tak boleh bawak family. Memang hero kesayangan  si anakanda surie kena tinggal dengan abahnya la kan..tu yang jadi berat hati tuh..hihi..

Surie agak risau sebab tak pernah jauh dari anak. Waktu kerja memang la surie memerah susu badan untuk bekalan hero semasa jagaan neni-si babysitter ammar nih la..kami panggil neni..huhu..bila malam menjelang, memang surie 'Direct Feeding' (DF) jer..senang kerja..selak jer terus bagi..hahaa..senangkan menyusu anak..tak perlu bangun malam untuk bancuh susu pun..hanya bangun malam selak jer terus sumbat jer..hahaa..nak lagi baik..lepas tu buatla solat tahajjud kan..

Bila kena berjauhan tu, surie risau la if susu drop..makanya surie pun prepare la nak beli milkbooster untuk kuatkan semangat. Lagipun, surie suka minum-minum..surie fikir jugak nanti malam-malam tu aku nak minum masa dalam hotel, boleh la bancuh minuman nih..hihi.. takkan asyik nak membeli kat sana..tempat orang, surie tak situasinya bagaimana..so, buat preparation siap-siap.

Surie tak bawak QasehGold pun..so aku bawak 5peket TMS nih jer..wei rindu nak makan QasehGold woo..QasehGold memang best..sumber energy tu..energy booster gitu..badan pun rasa makin sihat..Anak surie pun jarang demam.Alhamdulillah.

Ok. nak cerita pasal TMS nih..rasanya sedap..macam minuman bercoklat tuh..memang surie suka la..surie tak boleh la nak minum teh atau kopi banyak kan..sebab fikirkan si anak tuh..kan apa ibu makan minum tulah yang anak akan rasa melalui susu ibu..so kita sebagai ibu, kena amalkan pemakanan yang sihat agar susu ibu yang terhasil lebih berkhasiat..insyaAllah.

Surie bertambah suka sebab ramuan minuman ini berasaskan makanan sunnah. memang dapat meransang pengeluaran susu ibu dengan baik. Antara 9 ramuannya tu seperti :

1- prebiotic (manna) (arabic gum)
2- moringa oleifera

3-fenugreek extract (halba)

4- honey extract (muda)

5- date extract (kurma)

6- fennel seeds extract (jintan manis)
7- malt extract (barli)
8- cocoa powder (serbuk koko)
9- goat milk (susu kambing)


Nak lagi detail, cuba google setiap jenis ramuan tu dari segi kebaikan & khasiatnya. wink wink.
(*_____^)

Pastu melalui proses pengilangan IMP pulak tuh..memang di kategori sebagai Halalan Toyyiban.. ala halal lagi baik..maksudnya kita ni bukan hanya perlu emncari makanan yang halal tapi makanan yang juga berkhasiat..gitu. jelas? bila kita amalkan pemakanan yang baik, insyaAllah susu ibu tu yang akan mengalir dalam tubuh si anak tadi akan jadi darah daging mereka tu jadi lebih berkat & mudah membentuk budi pekerti yang mulia. InsyaAllah. 

The Mother's Secret Chocolate Drink memang ummmphh!


Alhamdulillah..dan hasilnya surie dapat perah sebanyak 24botol x 5oz bersamaan 120oz..alhamdulillah.. 

Ammar : ibu, mana buah tangan untuk ammar bu? Nah, 1kotak ibu bawak balik susu untuk awak ni anakanda..huhuhu..

Alhamdulillah..selamat pergi, selamat balik. Paling best dapat, dapat peluk cium ammar! rindu bau ucukk..hihii..bawak baju ammar pun dah sampai hilang bau ucukk dah sebab ibu asyik cium-cium baju ammar tuh..

*** Berminat nak cuba The Mother's Secret (TMS) ?
boleh whatsaap kat no nih 016-3092067.

Happy BreastFeeding!
---------

Pesanan penting tuan rumah : 
Jangan terlalu bergantung pada MilkBooster semata-mata untuk mengharapkan hasil susu menjadi banyak. Tetapi, perlu patuhi konsep 'Demand&Supply' dulu.

Antara tips untuk memperbanyakkan susu :
- Konsisten pum paling kurang setiap 3jam. 
- Banyakkan minum air putih secukupnya. 
- Amalkan pemakanan seimbang & pemberi tenaga serta penggalak susu.
- Amalkan 'Tandem Nursing'.
- Rajinkan buat 'Power Pumping' antara 12am hingga 6am. itu waktu hormon prolaktin sangat tinggi.
- Jangan stress. Banyakkan hormon oxytocin ya.

Gigihkan usaha anda & Semoga berjaya.
Jangan mudah mengalah dengan dugaan. Jadikan diri kita lebih kuat untuk hadapi cabaran.
Happy-happy aja ok.









Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign