Hai semua,
Dah boleh senyum sebab kita masih punya pilihan untuk makan makanan berasaskan tepung.
Selain guna Gluten Free Flour (GFF), kita ada lagi satu lagi pilihan iaitu Sourdough (SD).
Yeay. Hoorey. Lompat tinggi-tinggi.
Tapi awas ya, apa-apa pun yg kita makan tetap kena besederhana tau.
berhenti makan sebelum kenyang.
Ini kata kunci Nabi Muhammad tetap kena junjung sehingga mati.
titik.
Surie ada join facebook group - Sourdough Support Group Malaysia
Dari sini surie mula belajar apa itu SD.
Terima kasih admin yg create group nih.
Terima kasih juga kepada ahli2 group yg sudi sebarkan ilmu yg bermanfaat.
Semoga Allah membalasnya dengan berlipat kali ganda pahala.
Bila dah join group ni, surie kenal cikgu sd iaitu Rosliza Hj Md Tawal.
Kak liza ni ajar kami free guna apps telegram untuk buat SD. Allahu.
Jazakallahu khair.
-------
APA ITU SOUDOUGH???
Sourdough atau Doh Masam nih dibuat menggunakan natural yis- yis liar diternak sendiri.
Ianya melalu proses penapaian semulajadi yg menghasilkan lactobacili dan yis.
Sebab tu ianya akan ada rasa masam hasil tindakbalas asid laktik.
SD nih adalah digestible gluten/ gluten yg mudah dihadam.
Ianya masih menggunakan gandum tapi protein gandumnya telah diuraikan.
haaa gitu. paham kan.
Cara penyediaan SD nih rujuk gambar di bawah ni ya.
Jom. Make your own SD starter. Chayok.
Tips untuk buat SD starter menjadi :
- Guna air mineral macam Spritzer. Jangan sesekali guna air berklorin.
- Simpan dalam suhu bilik.
- Jauhi direct kena cahaya matahari.
- Jangan simpan dalam peti sejuk.
(Kalo nak tidokan SD baru simpan peti sejuk- nak bangunkan SD starter tu buat Levain)
- 6 kali Feeding baru tamat proses fermentasi.
Feeding setiap 12jam. sebanyak 3sudu tepung. Jangan risau jika anda terlupa time feeding asalkan jangan lebih dari 24jam.
-----
Ini surie punya starter..
Okeh. Kita boleh ternak Sourdough Starter nih.
Surie pun baru start ternak di pagi Jumaat yg mulia nih. 18 November 2016.
Hehee. Harap biar kekal berwarisan SD nih sampai 7 keturunan.
Bernilai tu demi perut yg perlu dijaga. Kerana perut mu begitu berharga. Kerana dari perut jugalah berpunca bermacam-macam penyakit.
"Hargai nikmat sihat sebelum datang ujian sakit."
Orang cakap kejadian SD ni bergantung pada air tangan, emosi, suasana, cuaca, dan seantaranya.
Didoakan Sd starter Surie menjadi lah.
Ouh, buat SD nih jadi kita lebih dekat dengan Allah. Pergantungan tu sehabisnya hanya pada Allah.
Sangka baik dengan Allah. Mitak yg baik2.
Allahumma aameen!
Hai baby SD, menjadilah dikau. kerna hadir mu begitu membuatku teruja.
Tak sabar nak meroti sendiri.
Nak buat Sd cracker sendiri.
semua versi sihat. semua untuk anak-anak dan keluarga.
huhuu.
Bertabahlah. Memula nak buat SD ni memang busuk disebabkan proses penapaian tu.
Bole bau basi masam satu rumah.
Nanti dah menjadi. boleh buat Levain pulak.
Orang yg dah berjaya buat cakap, baunya ketagih nak bau. hahaha.
semoga surie berjaya ke tahap seterusnya.
Nanti surie update lagi.
Samada berjaya atau kena ulang buat.